Buaya air masin sambut hari lahir ke-110 tahun

Buaya air masin sambut hari lahir ke-110 tahun

Seekor buaya air masin terbesar di dunia, Cassius menyambut hari lahirnya yang ke-110 tahun kelmarin. Buaya itu diberikan kek yang diperbuat daripada leher ayam seberat 20 kilogram (kg) di dalam kurungannya di Pulau Green, Queensland.

"Dia memakan kek itu kurang 30 minit," kata seornag pakar pengendali buaya, Billy Craig kepada agensi berita Australian Associated Press. Buaya itu sepanjang 5.48 meter (m) kerap memakan ayam seberat 1kg dan ikan pada setiap hari.

Pada tahun 2011, buaya itu diisytiharkan oleh pihak Guinness World Records sebagai yang paling besar pernah dipelihara. Haiwan itu dinobatkan sebagai buaya air masin terbesar di dunia selepas buaya Lolong sepanjang 6.17m mati di dalam kurungan di Filipina.

Catat Ulasan

15 Ulasan

Cik Nor berkata…
buaya pon sambaut hari lahir jgk ker?hihik
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif. lama juga jangka hayat buaya masin hidup kan...
Syamimi Saad berkata…
buaya pun sambut besday ye..
wah harijadi yang ke 120 ...siap ada kek lagi...selamat hari jadilah kepada buaya tu... ^_^
Izzat Eshak berkata…
Besor nye buaya. Tapi yang mati sebelum tu lagi panjang 6.17m
Unknown berkata…
nmpk gemuk gila. hehe
Tanpa Nama berkata…
buaya pun sambut befday ke? hehehe...
Unknown berkata…
wahh sambut hari lahir g tu.
special kena layan tp manusia buaya makan. hehe ..
Unknown berkata…
sekali buaya tu ngap.. pehh..haha
Long Cham berkata…
lagi besar klo buaya darat hahaha
http://long-cham.blogspot.com/
Azlan Strider berkata…
wah...110 tahun...ini dah pangkat2 atuk2 nie...hehehe

Regards,
-Strider-
Teena Tna berkata…
Nak tgok rupa kek yg dia makan tu..
OKje berkata…
Untungnya jadi buaya ...hariu jadi pun dapat kek hehe
wantie berkata…
mcm mana dorang kira birth date dia tu yer. hehehe saje la gedik nak tanya..

Happy b'day to buaya... hiksssss

mcm mana la kek yang di perbuat dari leher ayam tu ye. nak jugak tengok.

upsss.. lupa lak, tak leh ambik gambar makanan, kang mental pulak. kui kui kui