Cabut Peluru Di Dahi Guna Playar

Cabut Peluru Di Dahi Guna Playar

Terminator Russia

Memang dahsyat betul mamat ini... Pakai ilmu kebal kot peluru sangkut kat dahi ajer. Lepas tu cabut pakai Playar..issskkk

Seorang tentera mendapat gelaran Terminator Russia selepas imejnya memaparkan peluru di dahinya dibuang dengan playar, merebak di Internet, semalam.

Klip video mengejutkan itu bermula dengan paparan jarak dekat kepala tentera terbabit dan menampakkan peluru secara jelas terlekat di dahinya.
Terminator Russia
Seorang tentera lain kemudian membersihkan kawasan sekitar peluru itu dengan kain sebelum cuba menariknya dengan playar. Jelas dalam keadaan terkejut, tentera terbabit tidak memberikan sebarang reaksi ketika beberapa cubaan awal membuang peluru itu gagal.

Tentera itu akhirnya tersenyum apabila peluru itu dikeluarkan tidak lama kemudian. Dipercayai dia terbabit dalam insiden tembak-menembak di antara tentera Russia dengan pejuang Chechen dan senjata yang digunakan ialah raifal AK-47. Klip itu dipercayai dirakamkan ketika perang melanda wilayah Chechnya pada 2000 sebelum ia merebak dengan meluas minggu lalu.

Catat Ulasan

11 Ulasan

Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif. perghh sakit otak tengok ni...
Cik Nor berkata…
huwaa..tak sanggup weh..huhu
Unknown berkata…
dahsyat wooo...
Unknown berkata…
fuh sah dahi dia kebal...!!
Unknown berkata…
biar betik? takkanlah tak tembus? adoyai! scary betul.
Aimacomel berkata…
Tershock karen sekejap tengok. Errk biar benor
my notes berkata…
tak tembus tempurung kot ! klu tembus mesti ada photo darah memancut kan ... aishhh
Unknown berkata…
Wahhh kekebalan apakah ini?
wantie berkata…
org yang kena peluru tu tak ngeri. eden pulak yang ngeri nengoknya..

kebal tul tengkorak kepala ia. implant besi ke hape ni?
TRAVELOG ATEH berkata…
boleh tak tembus cam nie. peluru kot. sah2...kepala batu cma nie. tp batu cma nie. tp kalau batu kene tembak pun boleh pecah.ayoooo
OKje berkata…
Hish pistol apa yg digunakan tu mainan ke apa