Datuk Idris Haron Ketua Menteri Melaka Ke 10


Malas nak komen tentang pelantikan beliau, harapan aku ialah Melaka Maju dibawah kepimpinan tokoh yang mempunyai pendidikan dan pengalaman luas.

Dan yang terpenting membuat keputusan biarlah berdasarkan kehendak rakyat bukannya kerana kroni dan rasuah. Tahniah Datuk semoga Melaka makmur di bawah kepimpinan anda...

Adun Sungai Udang, Datuk Idris Haron, 47, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-10 menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada jam 10.20 tadi.

Majlis diadakan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.


PROFIL SEBELUM LANTIKAN KETUA MENTERI MELAKA
Datuk Idris bin Haron Tarikh Lahir: 13 Mei 1966
Asal: Kampung Relau, Asahan, Jasin, Melaka.
Keluarga: Anak kelima daripada enam beradik

Jawatan:
Ahli Parlimen Tangga Batu
Penolong Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan (BNBC)
Pengerusi Sekretariat Pembangunan Belia Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
Exco Pemuda Umno Malaysia
Ketua Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu
Pengerusi Biro Antidadah dan Gejala Sosial Pemuda Umno Malaysia
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Melaka Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Melaka Naib Pengerusi Belia 4B Melaka Pengerusi Belia 4B Tangga Batu
Penasihat Pengasih Melaka Pengarah Akademi Kemahiran Melaka Sdn Bhd AJK
Penasihat Institut Kemahiran Belia Alor Gajah

Kerjaya:
Jurutera Pengguna LLN Kajang (1989)
Jurutera Operasi TNB Kajang (1991)
Pengurus Struktur dan Perancangan TNB Kajang (1993)
Pengurus Operasi dan Senggaraaan TNB Jasin (1998)
Pengurus Bisnes Daerah TNB Distribution Sdn Bhd Melaka (1999)
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah

Anugerah dan Pengiktirafan:
Tokoh Maal Hijrah Kategori Belia (2003)
Tokoh Belia Negeri Melaka 2003
Tokoh Belia Negara Peringkat Negeri Melaka
Kategori Kepimpinan dan Keusahawanan 2003 Tokoh Belia Negara Kategori Kepimpinan 2003
Sijil Pengiktirafan Jurulatih Pengurusan Kualiti TNB Malaysia
Sijil Penghargaan Sumbang Tenaga oleh Perdana Menteri

Akreditasi Antarabangsa:
Pernah mewakili NGO menyampaikan ceramah dan kertas kerja di persidangan antarabangsa termasuk di Filipina, Namibia, Jepun, Singapura, Indonesia, Thailand dan Turki .

Akademik :
Sekolah Menengah Sains Muzafar Syah, Ayer Keroh (1979-1983);
Latihan Intensif Bahasa Inggeris Institut Teknologi Mara (1984)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
Universiti Texas, AS (1989)
Association of Oversesas Technical Scholarships, Tokyo, Jepun (1993).

Isteri: Datin Fadilah Abdullah, 38.

16 comments:

Sheila Salim said...

assalamualaikum abg hanif, naik menteri baru ye. semoga sejahtera Negeri Melaka dibawah pimpinannya :D

Normi Nieza said...

tahniah..selamat memikul tanggungjawab..

nan todak said...

ooh, orang TNb rupanya dulu.. elok la tu ada background teknikal senang la nak berurusan dgn penduduk kalau ada perkara melibatkan teknikal, tender, BQ dsb.. ali Rustam pun dah lama sangat jadi KM.. Moga melaka terus maju la hendaknya..

wantie said...

sokong!!! tak yah nak berkroni kroni sangat.

baby comel said...

owh... moga melaka terus gilang gemilang. miss melaka so much! mesti best ada MB baru kan :)

aQu Mad said...

zaman dulu orang takut nak jadi pemimpin, sekarang ni semua nak jadi pemimpin, ingatla, kalau rakyat tak solat, tinggal solat, pemimpin yang kena jawap kat hadapan Allah swt nanti.. haa

Waazin Aiman said...

Ingatkan tadi Datuk Hanif Idrus... (^_^)

Teena Tna said...

Smoga MB melaka yg baru ni dpt membawa kemajuan kpd rakyat Melaka dr setiap aspek terutamanya agama..

Isabel Diaz said...

Tahniah saya ucapka (^_^)

Fairul Azmi said...

Moga moga jauh dari rasuah. Ramai yang marah dengan budaya rasuah kakitangan kerajaan.

Rasuah umpama anai anai. Negara yang aman dan kukuh pun boleh runtuh

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

semuga melaka makin makmur di bawah KM baru..=)

iu-hazirah said...

jalan2 sini, nak follow tpi tak tau nak klik mana? xde pun button follow

Mieza Jhaa K said...

Wahh..tinggi akademiknya, byk anugerahnya, memegang pelbagai jawatan..kalau kt sekolah bleh jadi ketua pelajar dah ni..

MyFreeMinded said...

kelayakan memang tinggi, tapi jati diri teguh tak melawan perosak yang boleh menganggu gugat sebagai pemimpin yang adil untuk semua rakyat (bukan sesetengah rakyat aje ye)...

Remy hazza said...

tahniah...semoga berjaya mengalas segala tugas yg diamanahkan.....

hainom OKje said...

Yang untung bininyalah huhu