David Beckham Bersara

David Beckham Bersara

David Beckham
Pemain bola sepak terkenal, David Beckham akan menamatkan karier 20 tahun pada hujung musim ini.
Pemain berusia 38 tahun ini mengumumkan persaraannya selepas menjuarai Liga 1 bersama kelab Perancis, Paris Saint-Germain.

Dengan kemenangan itu, Beckham muncul pemain Inggeris pertama yang berjaya menjuarai liga di empat negara berlainan.

Beckham antara pemain paling terkenal dalam dunia sukan dan juga pernah bermain untuk pasukan Manchester United, Real Madrid, Los Angeles Galaxy dan AC Milan selain mewakili England sebanyak 115 kali.

"Saya berterima kasih kepada PSG yang memberi peluang bermain tetapi masa ini paling sesuai menamatkan karier saya iaitu pada tahap tertinggi," katanya.



David Beckham

Catat Ulasan

3 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
dah cukup umur nak bersara ye?minat juga dengan DB ni..
Unknown berkata…
Ni baru pemain hebat.. xmacam pemain Malaysia..dh berjaya sket pasti ada kontroversi..hehe..
OKje berkata…
Dah tua dah...mmg patut pun bersara!