Facebook Ubah Jadi Psikotik Dan Gila

Facebook Ubah Jadi Psikotik Dan Gila

BENARKAH laman sosial Facebook mampu mengubah seseorang itu menjadi gila dan kuat berkhayal?

Menurut saintis Israel, seseorang itu akan menghidapi sejenis simptom psikotik yang mengundang ketagihan kepada penggunaan internet sekali gus menjadikan mereka kuat berkhayal akibat perhubungan maya dalam rangkaian laman sosial itu.

Ketua pengkaji dari Universiti Tel Aviv, Doktor Uri Nitzan berkata, hasil ujian awal mendapati majoriti pesakitnya mengalami masalah kemurungan sungguh pun mereka tidak memiliki sejarah gangguan mental.

"Apabila akses internet menjadi semakin meluas dan mudah, secara tidak langsung satu dimensi psikotik wujud membabitkan komunikasi berkomputer seperti Facebook dan laman sembang yang memudahkan penggunanya terjebak ke arah masalah mental," kata Nitzan yang juga pensyarah di Fakulti Perubatan dan Pusat Kesihatan Mental Shalvata.

Akibat daripada kemurungan juga, pesakit lebih selesa berkomunikasi secara virtual sekali gus mencetuskan masalah kuat berkhayal yang diciptakan sendiri oleh mereka.

TAPI BERBLOGGING TIDAK..KERANA IA MENCETUS IDEA ...hehehehhe

Catat Ulasan

11 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bosan tengok fb sekarang..ntah apa2 je status di post kat sana..
wantie berkata…
Memang jarang masuk fb. Tambah time pru ni. Lagi meluat
Unknown berkata…
bahaya jugak.. nasib baik tak minat sangat dengan pesbuk tu :D
zazanizam berkata…
fb dh xmcm mula2 hehehe... zaza lgi suka layan blog ngeee
Bin Muhammad berkata…
Skrg guna FB hanya utk komunikasi sesama ahli keluarga shj.
Diari Si Froggie berkata…
Boleh jadi jugak.. FB nie kalau salah guna pun mendatangkan bahaya jugak.. mendatangkan dosa pun ea jugak. hiks.
TiranaAduka berkata…
ta amat jarang on fb
Aimacomel berkata…
kita xde fesbuk
Unknown berkata…
fb remy pun dah terabai.....
Unknown berkata…
assalam...kalau nak d bandingkan fb ngan blog sy lg sk layan blog walaupun 1 ari sy dh mati kutu xtau ayat cmane lg nak karang tp sy cb terjah blog orang lain pulak utk kembangkan idea dlm kepala ni..tq ye for info..
Unknown berkata…
lp lak nk tggal pesanan, nnti terjah sy punye blog jgak tau...huhu br blajar nk famous mlalui blog...ap2 ilmu leh tlg share skit ye..
http://www.zalinasyaslam.com