Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda 2013

Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda 2013

Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda
Hari Kantin 2013 telah bermula pada 30.04.2013 di sekolah anak aku  Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Melaka.

Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda
Aku buat pertama kali baru pergi ke acara Hari Kantin sekolah anak perempuan aku ini. Tanda sokongan pada pihak sekolah yang telah banyak mendidik anak aku menjadi lebih baik..

Satu hari bercuti rasanya tiada nilai berbanding memberi sokongan pada tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Melaka.

Teringat aku dahulu masa kecik-kecik dulu kalau hari Kantin semua pelajar bebas berpakaian cuma sekolah anak aku ini itu sahaja tidak dilakukan. Takut budak-budak ini pakai seksi sangat kot...hehehehehe.

Dulu sekolah aku semua pelajar lelaki sahaja tiada campur-campur lelaki dan perempuan sebab tu boleh bebas berpakaian pada Hari Kantin.

Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda

Suasana Hari Kantin sekolah anak aku memang meriah kalau ikut standard budak-budak ini ler..hehehehe.

Yang penting wajah murid-murid sekolah begitu ceria sekali dan ini tanda acara itu mencapai objektifnya.

Para guru sekolah ini aku lihat begitu aktif sekali dalam menjayakan acara Hari Kantin ini. Memang penat ler aku lihat guru-guru kat sana.
Dah ler suasana panas sangat hari tersebut tapi wajah mereka ceria sekali .

Dari yang menjaga kaunter kupon hinggalah yang berniaga semua dilakukan oleh para guru yang berdedikasi  ini.

Untuk pengetahuan walau pun ayat aku di atas macam ada unsur-unsur memuji melampau..hehehehehe. Tapi ia adalah ikhlas dari aku..hahahaha.

Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda

Selepas majlis dalam pukul 1.40pm, semua murid-murid telah pulang tapi para guru masih lagi berada di sana.

Tugasan lain menanti  mereka iaitu mengemas !!!

Hajat hati nak menolong tapi cuaca panas sangat dan anak aku pula mana hilang . Semua budak dah balik anak aku tak muncul-muncul lagi!!

Tahun depan ada lagi aku pasti akan datang...hahahhaa.
Tahniah buat guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Melaka.




Gambar terakhir baru letak gambar puteri aku yang sedang beraksi depan kenderaan Bomba.

Satu ajer aku minta kalau sekolah ini ada modal, rasanya bangunan tu boleh dicat kot. Lusuh bebenor aku lihat bangunan tu. Gambar pertama tu dah macam gambar retro dah...hehehehehe.
 

Catat Ulasan

16 Ulasan

inche hlovate berkata…
a'ah betul..ingatkan gmbr sekolah abg hanif haha

sya pernah join hari kntin ni sekali je kalo tak silap
Cik Nor berkata…
cikgu2 sekolah tu bz..tak sempat nak cat baru..:)
Tanpa Nama berkata…
nk cat bangunan kena mengadu kat pjbt pndidikan...
seronoknya dan meriahnya... tiba2 teringat hari kantin masa sekolah2 dulu...
wantie berkata…
nanti saya usul dalam baget yer. kena ada peruntukkan untuk cantikkan sekolah.. hahahaha.. lawka je. tapi ye la memang nampak lusuh pun.

tak pernah tahu pun ada hari kantin sekolah. betul ni memang tak tau.
Tak tau ke tak peka? ngeeee
Unknown berkata…
teringat zaman2 sekolah dulu..
rindu plak nak ke sekolah~
haryati berkata…
peruntukkan takde kot nak cat bangunan skola hihi...tp tiap tahun ada budget kan?
Mazni Azmi berkata…
Sekolah sapa ni tuan? Jadi reporter sambilan hari kantin ke :)
Harun Ar berkata…
Meriah nian... anak-anak pasti senang
Unknown berkata…
blogger HI di entry penghargaan dr husna..=)
http://husnazahidi.blogspot.com/2013/05/anugerah-top-commentors-may-2013.html
Aimacomel berkata…
Syok ler ada hari kantin. Byk makanan kan :) hehhee
my notes berkata…
cat bangunan kena minta dgn pibg ler kot ...
Unknown berkata…
dah lama tak pi hari kantin...... boleh beli mcm2.......
remy setuju dgn bro...bangunan sekolah tu dah nampak uzur.....
Unknown berkata…
Lama sangat tak jalan2 sempena hari kantin. Time ni la nak usha cikgu bujang.. waktu sekolah, diaorang garang
Cik Fie berkata…
wah ! meriahnya :)
OKje berkata…
so banyak ke beli karipap haha...