Kilauan Emas 3 - Akhir Finale

Kilauan Emas 3 - Akhir Finale

Kilauan Emas 3- Akhir Finale
Kilauan Emas 3 - Akhir Finale telah menuju ke akhir debaran dimana Mior, Silah, Alina dan Idris akan bersaing untuk menjadi yang terbaik malam ini.

Ramai yang mengatakan Mior akan menguasai pentas pada malam ini. Dan melalui undian facebook jelas Mior mendahului dari semua peserta.Kita lihat sahaja!!

Peserta akhir kali ini akan menyanyi satu lagu pilihan mereka dan sebuah lagu baru.
Pembukaan  konsert dinyanyikan oleh Datuk Shake dan peserta-peserta Kilauan Emas 3 yang terkeluar membawa lagu Allahyarham P. Ramlee.

Juri jemputan konsert akhir ini ialah Datuk Shake dan juri tetap Dato Ramly Ms dan Ziana Zain. Dato Ramly Ms juga akan menerajui orkestra.

Kilauan Emas 3- Akhir Finale
Kilauan Emas 3 - Akhir Finale dimulakan oleh Alina melalui lagu Vision Of Love oleh Mariah Carey. Okeyy!! Itu lagu kegemaran aku masa remaja dulu!!

Juri Datuk Shake kata I Love It. Pembukaan konsert yang baik kata Datuk Shake.

Persembahan kedua Kilauan Emas 3 - Akhir Finale ialah lagu baru ciptaan Ayai Ilusi dan akan dinyanyikan oleh Idris iaitu Ku Kejar Bayang.

Juri Ziana Zain kata naik bulu roma. Aku secara peribadi kata memang dahsyat feelingnya. Ziana Zain kata Idris amat selesa dan sesuai dengan lagu ini!!

Persembahan ketiga Kilauan Emas 3 - Akhir Finale dari Silah membawa lagu blues iaitu still Got The Blues.


Ini lagu memang mainan Silah sebab dari mula lagi Silah ini memang kaki Blues dan Jazz. Best!!!
Juri Datuk Ramly MS kata Silah ini umpama penyanyi Eagle yang bernyawa dan feeling blues!!!

Kilauan Emas 3- Akhir Finale
Persembahan keempat Kilauan Emas 3 - Akhir Finale pula dari Mior lagu baru ciptaan Adnan Abu Hassan iaitu Sampai Di Sini.
Juri Datuk Shake kata suara power dan bila jerit masih maintain lagi power!!!

Persembahan Kilauan Emas 3 - Akhir Finale seterusnya dari Alina membawa lagu baru ciptaan Adnan Abu Hassan iaitu Serambi Kasih. Lagu ini sebenarnya dicipta untuk Datuk Siti Nurhaliza. Bertuah Alina...

Juri Ziana Zain kata very best dan lagu ini sesuai dengan Alina. Dan ada feeling dan bagus!! Ziana Zain harap lagu ini harus dimainkan di radio.

Persembahan Kilauan Emas 3 - Akhir Finale diteruskan oleh Idris membawa lagu Jamal Abdillah iaitu Ghazal Asmara.

 Juri Dato Ramly Ms kata Idris ini berbakat dan boleh membawa semua lagu. Tapi aku rasa lagu ini memang susah nak bawa...agak payah gak aku lihat Idris nak menyanyi. Tapi aku respek kat beliau kerana berani mencuba semua lagu!!!

Kilauan Emas 3- Akhir Finale
Persembahan Kilauan Emas 3 - Akhir Finale seterusnya oleh Silah lagu baru ciptaan Adnan Abu Hassan iaitu Belenggu Alam.
Memang best Silah nyanyi lagu ini tapi sering buat silap mikrofon kadang-kadang jauh masih menyanyi!!
Tu suara kadang-kadang tak dengar...heheheh

Datuk Shake kata lagu ini memang sesuai dengan Silah dan very good!!!

Persembahan akhir Kilauan Emas 3 - Akhir Finale ialah dari Mior iaitu lagu Purnama dari kumpulan Search. Ini pun memang mainan genre Mior.

Memang meletup Mior nyanyi lagu ni. Juri Ziana Zain kata Mior sangat bertenaga dan enjoy mendengar nyanyian Mior!!!

Tamatlah sudah nyanyian semua peserta dan aku akui memang dahsyat malam ini...

Masanya telah tiba untuk mengumumkan pemenang Kilauan Emas 3 ini.

Pemenang Ketiga ialah Silah
Membawa pulang wang tunai RM15,000.
Sebuah gitar dan 3 bulan langganan majalah MIDI serta trofi

Pemenang Kedua ialah Idris
Membawa pulang wang tunai RM30,000
Sebuah gitar dan 6 bulan langganan majalah MIDI serta trofi

JUARA KILAUAN EMAS 3 IALAH MIOR
Membawa Pulang Wang Tunai RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Livina!!!!
Sebuah gitar dan 1 tahun langganan majalah MIDI serta trofi

Anugerah Personaliti Polident ialah Ros
Membawa pulang wang tunai RM10,000.
Beliau memang layak dengan keletahnya!!

Anugerah Khas Juri ialah Mior
Membawa pulang wang tunai RM5,000.
Dimana peserta yang sentiasa mempunyai peningkatan!!

Tahniah kepada semua pemenang. Aku memang enjoy melihat Kilauan Emas 3 ini. Melihat gelagat mereka dan betullah mereka semua Otai masih Berbisa!!!!!!!!!!!

Kilauan Emas 3 - Akhir Finale

Catat Ulasan

15 Ulasan

Harun Ar berkata…
Lagu-lagu lama ketika remaja dulu.... Hmmm tentu sangat berkesan ya bang...
Unknown berkata…
tengok juga malam tadi..memang enjoy =)
Kisah Si Dairy berkata…
da agak dah..mesti mior menang...
Unknown berkata…
tak minat sebenarnya kilaun emas ni, tak pernah tgk langsung pun. hahahha.
btw, congrats kpd yg menang.
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum... sheila dah krohh krohhh time ni. suami je tengok. kemain happy dia Meor menangggg. rock brader! hehhee
Hafiz Hafizol berkata…
sy x pernah tengok pun bro ranc nie.. hehehe....
Tanpa Nama berkata…
tahniah pada yang menang...
wantie berkata…
best. terbaik. Mior menang. memang patut!

eh kak nek ros tu dapat gak adiah.tahniah.

ngomel ngomel pun dapat 10K . muahahaha
Bin Muhammad berkata…
Salam..Rock Brader HI
Dah agak akan kemenangan Mior. Tapi bagi saya Idris punya suara paling mantop. Pakej lengkap tetap pd Mior...
Kesian Alina...dapat piala jer, KakRose pun dpt RM10k
Memang berbisa otai2 ni, lagu2 baru tu boleh popular!
my notes berkata…
saya tak tgk kilauan emas . tapi lepas nih saya akan tgk show / buah tgn pertama mior di astro ...
Tanpa Nama berkata…
dah musim ketiga ni mas layan kilauan emas gara2 minggu pertama dah terdengar nyanyian mior..terus sokong rock brader..

pak cik idris psaing kut gak kat mior semalam coz dia wat bagus gak.

mmg 4 finalist kali ni hebat. cuma cian tmpat k4 xdpt pe2 duit,juz 2trofi je..10k kat mak cik ros mmg bnyak sgt, klu 5k mak cik ros, 5k kat tmpat k4 ok la kut.

hmm xpela dah rezeki dia. yg pnting rock brader menang..yeah!~
Blog Santai berkata…
congrate mior walaupun last night tak best sangat..kesian elina..kalau ikut performance she deserved to be the winner kat konsert final ni..nway tak ada rezekikan..
MyFreeMinded berkata…
tak pernah tengok pun.. mana taknye, bebudak duk layan korea je..
OKje berkata…
Pergh!!! Abg Mior enjoy sakan le minggu depan haha