Kilauan Emas 3- Minggu Ke 3

Kilauan Emas 3- Minggu Ke 3

Kilauan Emas 3
Alamak!!! Lambat aku updated rancangan yang tengah meletup kat Astro ini..hehehhehe.
Sebenarnya aku malas nak mengulas tapi sekarang aku dah syok lak tengok rancangan realiti ini.

Kilauan Emas 3
Kilauan Emas 3 adalah sebuah rancangan hiburan dimana peserta yang berumur 40 tahun sahaja layak untuk menyertai rancangan ini. Mereka haruslah mempunyai keupayaan untuk menyanyi!!!

Aku tak layak sebab aku masih lagi berumur lewat 30an..hahahahhahaa.

Apa yang dapat aku katakan tentang Kilaun Emas 3 dengan motto Otai Masih Berbisa sebuah rancangan yang menarik.

Sehingga kini 3 peserta telah tersingkir dari Kilauan Emas 3 ini iaitu Seri, Edy dan Malia dan tinggal 7 peserta sahaja.

Bercerita tentang rancangan ini, apa yang aku baca ialah ramai mempertikaikan umur dah tua tapi masih nak menyanyi. Itu semua pendapat masing-masing yang aku tak mahu mempertikaikan sebab jika nak di bahaskan panjang nanti...hehehehe

Kilauan Emas 3
Peserta kesukaan aku setakat ini ialah Silah..ehemmm orang Melaka. Pembuka tirai dia nyanyi Hotel California buat aku nangis..bestnya!! Sebelah ni.

Tempoh hari dia nyanyi lagu Blues..huh!! terangkat aku!! Otai ini memang layak nyanyi di Hard Rock Cafe.

Peserta kedua ialah nenek Ros sebab umur dah 61 tahun tapi aku suka selambanya. Kalau berjoget memang dahsyat tapi dari segi suara tak berapa baik ler..
Datuk Ramli MS memang benggang dengan dia sebab mulut dia lagi laser dari Datuk Ramli MS.

Aku cadang kau orang tengok rancangan realiti ini...
Jangan fikir tentang suara tapi mereka semua boleh hilangkan stress anda semua. Dan yang penting melihat walau dah tua tapi semangat mereka aku tabik!!!

Minggu depan lagi best, kena nyanyi lagu Dangdut!!!!!

Berikut adalah kedudukan selepas undian ditutup:
1. Mior - 14%
2. Alina - 13%
3. Silah - 13%
4. Idris - 12%
5. Din - 11%
6. Rina - 10%
7. Ros - 9%
8. Malia - 9% --- telah tersingkir
9. Edy - 9% ----- telah tersingkir

Kak Ros kena hati-hati kak oiiii!! Lain kali nyanyi dengan betul. Gaya dah ada dan kurangkan mengutuk Datuk Ramli MS tu..hehehhe

Kini 7 peserta meneruskan cabaran mereka dalam Kilauan Emas 3. Untuk minggu seterusnya, mereka akan membuat persembahan dengan genre muzik DANGDUT! Bagaimanakah persembahan mereka nanti?
Saksikan Kilauan Emas 3, Rabu, 9.30 malam di Astro Prima

Catat Ulasan

17 Ulasan

Unknown berkata…
Salam. Layan juga ye walaupun belum masuk 40an..iye ke? Ni standard kakpb ni Kilauan Emas, layan juga otai2 nyanyi. Lagi best drp org muda, cuma fizikal tu..alahai..bagilah baju yg longgar2 sikit. Lemak berkeliaran sana sini..haha..tapi suara dia org memang ada class!! Kakpb suka Mior, rock masih berbisaaaaa.
boni kacak berkata…
kadang-kadang bila dengar balik, suara2 otai ni lebih mantap daripada suara orang2 muda kan
Unknown berkata…
layan juga, kiranya bila yang menyanyi tu sedap terkesima kejap... tapi bila yang lawak macam nenek ros mahunya pecah perut akak dengan Mr H gelakkan hehehehe....
Bunda_nora berkata…
sekali2 tengok rancangan ni best pulak...otai masih berbisa..
Cik Nor berkata…
a.hanif bla nak join?haha
Unknown berkata…
selalau dpt tgk yg ulangan je.suka nyanyian silah & mior je :)
Unknown berkata…
Kenapa saya tak tengok rancangan ni?? ishh ketinggalan sudaa
Sukma berkata…
aku pun suka layan konsert nie....
wantie berkata…
memang best. si mak cik ros tu la. yang tak boleh diri betul betul asyik nak goyang je badan tu. wah happening sungguh tengok.

tak nampak mcm umur 61. seriously kalau mak aku nak join. aku tak kan kasi. sebab aku ada la alasan tersendiri. ngeeee...

uncle blues tu memang dasyatttt suara dia. ni baru betul betul kilauan emas..
kucing comel berkata…
saya lebih suka lagu lama dari baru....

- Admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

- Facebook fan page
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

- Ping blog artikel @ Facebook
https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

Bin Muhammad berkata…
Rancangan yg menghiburkan...tapi mak cik ros tu berpada2 le skit...
Blog Santai berkata…
Kita pun tertengok rancangan ni..not bad..kira-kira otai ni memang berbisa lah..kita perminat mior ya..rockers gitu..he..he
haryati berkata…
tak mengikuti sgt la anip, kdg2 je klu terbukak channel tu br tgk...
Unknown berkata…
suka suara Mior..suara dia power..
Kak Ros bila nak tersingkir ??..sora pon xbest mana..ishhh..nenek sape tu...
Tanpa Nama berkata…
mas mula2 ngantuk n kureng layan..tapi musim ni bila dgr mior yazid minggu pertama truz layan..hihihi rock brader...
Unknown berkata…
perghh..rumah xdak astro..tp husna sempat tgk kilauan emas nih kat kampus hari tuh..mmg dasyat betol..kalah org muda..=P

husna rasa baik husna x tgk..sbelum dosa bertambah..-.-
Unknown berkata…
tunggu final nanti baru remy nak tgk......