Raksasa Laut terdampar di New Zealand

Raksasa Laut terdampar di New Zealand

Raksasa Laut

Tanda tanya menyelubungi penemuan bangkai ‘raksasa laut’ yang ditemui terdampar di New Zealand.

Dengan gigi tajam berbaris dan mulut luas, bangkai haiwan sepanjang kira-kira 10 meter itu ditemui separuh tertanam di dalam pasir di Pantai Pukehina, kira-kira 190 kilometer di tenggara Auckland.

Beberapa teori dikemukakan, termasuk haiwan itu sebenarnya ikan jerung atau buaya air masin, sejenis ikan lumba-lumba atau hidupan prasejarah. Dalam satu video di YouTube, Elizabeth Ann bertanya sama ada sesiapa mengenali haiwan berkenaan. Katanya, haiwan berkenaan mempunyai kepala dan gigi besar serta sirip.

“Ia mungkin sepanjang sembilan meter, tetapi bahagian bawah badan bangkai ‘raksasa laut’ berkenaan mungkin hilang akibat dibaham oleh sesuatu,” katanya.

Sementara itu pakar marin, Anton van Helden menafikan ia adalah bangkai dinosaur kerana sirip yang ada padanya menunjukkan ia adalah ikan paus. “Ikan jenis itu memang banyak di Bay of Plenty,” katanya ketika ditemui, semalam

Catat Ulasan

8 Ulasan

Unknown berkata…
nmpk sebijik macam dinosour.. takutnya kalau menyelam then kena gigit. hahaha
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif. macam raksasa kacukan buaya kan. subhanallah. macam2 jenis binatang yang kita tak tengok lagi kan..
Tanpa Nama berkata…
betul ke ni?
wantie berkata…
boleh jadi ikan paus jugak. sebab tapi mulutnya tu tak nampak mcm ikan paus pun. mmmm ntah le kan. dunia akhir zaman ni mcm mcm ada.
OKje berkata…
Gasak kome le....bertelagah!hehe
CTK berkata…
hidupan prasejarah mmg unik2 ckit...slalu je bercampur dengan rupe2 dinasour..letak kt muzium ni dpt la jd perhatian dunia..hehe
Unknown berkata…
besarnya mulut dia.......