Kaki Wayang: Man Of Steel - Filem Yang Gagal!!

Kaki Wayang: Man Of Steel - Filem Yang Gagal!!

Man Of Steel
Man Of Steel, apa yang dapat aku katakan rankingnya ialah 3/5 sahaja...hehehehhehe.
Secara keseluruhan sebuah cerita yang menarik dan mempunyai kelainan dari cerita Superman yang lain.
Dimana kemunculan Jeneral Zod diadaptasikan begitu menarik sekali. Dan paling dahsyat ialah pertarungan Superman dengan konco-konco Jeneral Zod.

Kenapa aku kasi 3/5 kerana wife aku tertidur dalam 1 jam yang pertama...hehehhehe. Siap berdengkur lagi...emmmmm.
Kenapa tertidur, sebab permulaan 1 jam filem ini amat membosankan dimana ia banyak bercerita tentang flashback Superman yang tak perlu saya huraikan lagi. Sepatutnya flashback sebegini harus disingkatkan kerana satu dunia dah faham bagaimana Superman ini zaman mudanya menghadapi krisis remajanya dan bla..bla..bla....
Memang membosankan sedikit....

Man Of Steel
Kedua ialah pertemuan Superman dengan kapal angkasa bangsanya yang tertanam sehingga beliau dapat menggunakan kiub yang ayah beliau berikan dan membolehkan beliau berkomunikasi dengan ayahnya. Tetapi pertemuan Superman dengan kapal angkasa bangsanya itu terlalu banyak kebetulannya dan malahan beliau boleh mendapat kerja di sana.
Padahal kawasan tersebut adalah kawasan kawalan tentera yang ketat dalam menkaji kapal angkasa tersebut!!
Tak logik!!

Kan lagi senang ikut stail dulu-dulu, campak sahaja  kiub tu dan muncul istana kristal. Baru nampak kesinambungan dan kelogikan filem tersebut. Pengarah cuba membuat kelainan melalui filem ini tapi jika keterlaluan pun ia mendatangkan bosan di kalangan penonton tegar Superman seperti aku ini. Yang dah hafal asal usul Superman ini..hehehehe.

Man Of Steel
yang aku kagum dari segi moralnya dan semua tahu watak Superman ini adalah watak yang sempurna. Tapi malangnya dalam filem ini, Superman telah membunuh Jeneral Zod demi menyelamatkan bangsa manusia. Baguslah sebegitu tapi kenapa harus ditonjolkan Superman membunuh!!!
Saya rasa terdapat pelbagai kaedah lain yang boleh digunakan oleh pengarah untuk menggarap kematian Jeneral Zod.
Tak bagus untuk anak-anak melihat filem ini!!

Man Of Steel
Dari segi aksinya saya kagum tetapi dalam dunia teknologi perfileman, teknik aksi sebegini adalah perkara biasa terutama dalam pembuatan filem Amerika. Jika nak katakan aksi Man Of Steel ini menarik sebenarnya saya pernah melihat teknik CGI yang lagi hebat dari ini seperti Avenger. 4 kali hebat teknik aksi yang digunakan.

Kesimpulannya apa yang dapat saya katakan, bukan mudah seorang pengarah itu membuat sebuah filem yang well known dikenali oleh semua orang. Untuk filem Superman sahaja sudah beratus-ratus filem dikeluarkan. Belum lagi episod TV seperti Smallville yang bertahun-tahun ditayangkan dan sebelum ini terdapat juga episod TV Superman juga.
Pengarah kena membuat kelainan melalui filem ini dalam mengubah persepsi yang baru terhadap Superman kita ini melalui filem Man Of Steel ini.  Malangnya BAGI SAYA ianya tidak semudah yang disangkakan..

Aku kasi 3/5 pun sebab aksi lawan dia dan kostum Jeneral Zod dan Superman yang cantik serta teknologi yang ditonjolkan dalam filem ini.

Catat Ulasan

17 Ulasan

Cik Nor berkata…
hurmm..kna tgk kat umah jer la..haha
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum. nasib baik sheila tak pergi tengok cerita ni. hihi.
Unknown berkata…
Tak berapa minat cerita macam ni..cerita superman pun tak pernah tgk..
Encik Hairan berkata…
sebab tajuk movie ini bukan Superman, ia adalah Man of Steel, satu branding baru yg cuba dihidupkan semula.Jadi penceritaan mengenai sejarah n kisah hidup hero perlu untuk make sure penonton ikut flow citer ni. Takkan citer superhero tetibe dier trus jadi superhero, itu lagi bosan dan Tak Logik.
Tanpa Nama berkata…
suka citer superrman...tapi takpela,tunggu di tayangkan kat tv je la...hehhe..
Kancil 8349 berkata…
ndak dapat tengok lagi...insya Allah akan cuba cari masa yang sesuai
AisNy berkata…
Tunggu tayangan kat ASTRO saja laa
Teacher Basariah berkata…
entah bilalah nak tengok..tambah2 dah dinilai 3/5 je ni..lagi malas nak tgk..huhu
Sukma berkata…
mesti citer macam ganas nie.....
haryati berkata…
tak tgk lagi citer ni...
belogisam berkata…
x berpeluuang lagi nak jejak wayang untuk mos ni,, btw,, nice infooo :P
boni kacak berkata…
ramai cakap plotnya agak perlahan. itu malapetakan paling besar sebenarnya dalam man of steel ni
Unknown berkata…
kalau ikut kartun, animasi, superman mana pernah membunuh. mungkin filem ni nak buat kelainan...

nak tunggu org upload kat internet je :P
amirofie berkata…
Sehingga ke hari ini, saya belum berpeluang nak tengok cerita ini di panggung wayang. Silap-silap, tak sempat nak tengok. Terpaksa la tunggu 3 bulan lagi untuk download di internet.
Unknown berkata…
remy suka filem nie,,,..,. sebab kelainan dari versi2 yg terdahulu......
OKje berkata…
Yehhh.... nasib tak tengok kalau tak rugi duit hehe
Tanpa Nama berkata…
eh, encik, pasal yang superman bunuh jeneral Zod dalam filem ni sebenarnya bukan isu baru. Bukan ke dalam filem Superman 2 era 80an lakonan Christopher reeve, Jeneral Zod dibunuh jugak dalam filem tu?