Astro Njoi - Daftar, Channel Dan Prabayar

Astro Njoi - Daftar, Channel Dan Prabayar

Astro Njoi
Baru-baru ini saya mendapat pertanyaan dari rakan blogger mengenai Astro Njoi dan trend keyword untuk artikel lama saya tentang Astri Njoi kekal setiap bulan maka dengan itu saya ingin menjelaskan dengan lebih lanjut tentang Astro Njoi ini yang telah dilancarkan pada bulan December 2011 sebagai satu rangkaian TV Satelitte percuma.

Dengan Astro Njoi ini semua lapisan masyarakat mempunyai peluang medapat maklumat dengan hanya satu kali bayaran sahaja.

Kos Pemasangan dan DMT Box:
Dengan Astro Njoi anda harus membayar RM308 dekat mana-mana pengedar sah Njoi atau melalui on line : Dengan kos ini anda akan mendapat:
a) 1 NJOI Decoder
b) 1 Remote Control Unit
c) 1 Outdoor satellite dish
d) 1 Smart Card
e) Prepaid value worth RM40
 ** ** Get access to additional Premium Channels and content on NJOI with the RM40 prepaid value.
**All prepaid vouchers will be activated within 48 hours of NJOI account activation

Selain itu jika anda memohon DMT terpakai anda hanya perlu membayar RM180 sahaja dengan barangan sama seperti diatas cuma item (a) adalah DMT terpakai anda.

Memohon Astro Njoi
Terdapat 2 cara untuk memohon Astro Njoi ini iaitu permohonan secara online dan pergi ke pengedar sah yang dilantik oleh Astro.
Kalau nak nak daftar on line ---- anda boleh klik ke sini.
Dan kalau nak dapat maklumat, senarai pengedar yang dilantik oleh Astro Njoi ---klik di sini.

Saya mencadangkan anda pergi berjumpa dengan pengedar sah adalah lebih baik kerana urusan lagi mudah dan cepat. Yang penting hanya sediakan RM308 dan dalam seminggu boleh dapat Astro Njoi !!! Lagipun jika di lihat senarai pengedar agak ramai.
Astro Njoi

Channel Astro Njoi
Di Astro Njoi terdapat 22 Channel yang disediakan dan sebelum ini Astro Njoi tiada NTV7 dan kini sudah ada...
Selain Astro Prima dan Oasis juga disediakan. Ini tidak termasuk 20 radio channel yang disediakan dan jika ada mempunyai kewangan yang lebih anda boleh memohon Channel Prabayar.

Channel Pra-Bayar
Channel Pra-Bayar ialah prepaid TV Satelitte dimana anda melihat beberapa channel yang tidak disediakan oleh Astro Njoi dengan bayaran serendah RM2 sehari. Anda boleh membeli kad prabayar yang dijual oleh pengedar-pengedar sah. Anda boleh lihat contoh gambar yang saya berikan atau klik disini.



Inilah penjelasan yang boleh saya berikan tentang bagaimana mendaftar untuk Astri Njoi  dan channel yang disediakan serta kelebihan sistem pra-bayarnya itu..

 

Catat Ulasan

10 Ulasan

Abam Kie berkata…
sesuai didaftarkan utk ibubapa di kg..
Menarik astro njoi ni. boleh cari jika ruahtak ada atro lagi.
OKje berkata…
Sebab dah ada Atro yg ada ...dah malas nak tukar2....alah Astro yg lama tu...bukan beyond pun
Cik Nor berkata…
bkn free ke njoi nie..:)
sitirohaida berkata…
kalau boleh dah malas nak pakai astro...
Tanpa Nama berkata…
boleh la enjoy pas ni..hehehe..
Unknown berkata…
Mcm murah..padahal x der la murah...jgn tpedaya sgt
Khudri halim berkata…
ada syarat untuk mohon x?
Tanpa Nama berkata…
Yes, bagaimana pula kalau decoder Astro kita yg lama tu boleh ke kita daftar kadsim Njoi?

Untuk jimat kos?

Sayang kalau tak guna dari simpan baik digunakan sebagai dekoder Njoi...
Atau ada cara utk daftar Njoi pd decoder lama kita...