Dot My Domain Buat Hal Lagi Episod 2

Dot My Domain Buat Hal Lagi Episod 2

Dot My
Untuk pengetahuan aku mempunyai satu laman bloglist yang menggunakan dot my domain dan sejak kebelakangan ini sering bermasalah!! Tak boleh masuk !!

Minggu ini paling teruk ler..Dulu pun ada masalah masa launch dot my ni tapi semakin pulih dan jarang dengar sangat bermasalah.


Dan minggu ini buat hal lagi..emmmmm. Dalam hal ini pihak pengurusan dot my harus mempunyai satu garis panduan iaitu ZERO PROBLEM kepada pengguna.

Perkhidmatan hosting dan domain ini mereka harus anggap seperti perkhidmatan elektrik atau telepon. Sebagai contoh jika tenaga elektrik tak der..maka banyak kilang akan tutup dan menyebabkan kerugian kepada orang ramai...

Sama macam perkhidmatan mereka ini, jika dot my malfunction macam mana dengan pengguna yang mempunyai website blog shop on line. Berapa kerugian kepada pengusaha-pengusaha on line ini?

Dalam kes aku ini, tempoh hari ingatkan nak blogwalking tapi tak boleh masuk. Ingatkan domain aku kena cut sebab tak bayar yuran tahunan RM20 dia tu....hehehhehehehe. Tapi aku tak dapat pun peringatan atau bil dari mereka setakat ini.

Hari ini member blogger Hootoh tanya dot my aku ada masalah tak?
Rupanya ianya masalah pengurusan dot my.

Janganlah pandang remeh pada pelanggan yang membayar RM20 ini. Kami hendakkan perkhidmatan terbaik.. Kami bukan minta apa-apa pun hanya minta memastikan dot my ini jangan selalu off line macam ini..huhuhuhuhu.

Catat Ulasan

9 Ulasan

Unknown berkata…
samalah bro..blog sy pn problem semalam. boleh dkatakan semua yg guna domain .my tak leh akses.
Paly berkata…
asiahost dah lame kene blacklist dgn mynic.. sb tu cam dah tak kisah wat hal.. skrg, kalo nak renew, refer ngan cik innanie..

# satu lg, ape2 email drpd asiahost, tak valid dah..

join group fb ni https://www.facebook.com/groups/486502418107821/
Unknown berkata…
pernah dengar kisah .my ni bermasalah suatu ketika dahulu
Tanpa Nama berkata…
alahai..leceh la macam tu kan?
Mummy MM berkata…
Saya tak dapat bukak mana2 blog domain .my
Unknown berkata…
Alhamdulillah, dah ok and boleh log in. rasa2nya sehari setengah problem. Itu pun setakat yang HT sedar...
Aimacomel berkata…
mmg sakit kalau bermasalah camtu..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...Bro Hanif,

dulu mselim3 pakai .my asihost lepas tu dah boring .. sebab problem.. sekarang pakai blogspot aje.. senang.

mselim3
Sukma berkata…
ohh....saya guna blogspot jer...