Prosedur Dapatkan CePSTPO Kompentasi.

Prosedur Dapatkan CePSTPO Kompentasi.

CePSTPO
Salam satu blogger. Hari ini aku nak berkongsi ilmu untuk sesiapa yaang berminat dalam bidang alam sekitar terutama yang bergelumang dalam Akta Alam Sekitar 1974 ini.

Dalam salah satu keperluan dalam Akta Alam Sekitar ( EQA 1974 )  ini ialah dalam Peraturan Bahan Kumbahan 2009, Peraturan Effluant Industri 2009 dan Peraturan Bahan Buangan Berjadual 2005 mengatakan setiap syarikat yang termaktub dalam peraturan-peraturan ini haruslah menyediakan pekerja kompeten yang profesional.

Apa itu CePSTPO. Ianya adalah satu perakuan profesional yang mengatakan anda memahami Sistem Kumbahan yang ada di Malaysia ini termasuk bagaimana mengambil data serta mengawal agar data kumbahan anda berada dalam jadual yang dibenarkan samada Standard A atau B seperti yang termaktub dalam Peraturan Bahan Kumbahan 2009.

Pendek kata kalau anda pergi mana-mana Loji Rawatan Kumbahan anda sudah memahami apakah proses yang berlaku dan jenis sistem yang digunakan, malah anda boleh memberi sedikit nasihat untuk menambahbaik sistem Loji Rawatan Kumbahan tersebut agar lebih efisen.

Untuk mendaftar anda boleh pergi ke MyWa ( Malaysian Water Academy) website dan klik ke training calendar yang terbaru ( Mywa Training Center).
Pada tahun ini 2013 kadar pembayaran ialah sebanyak RM3900 sahaja.

Disini saya ingin menerangkan bagaimana mendapatkan sijil latihan kompetensi Peraturan Kumbahan atau dikenali sebagai CePSTPO ( Certified Environmental Profesional In Sewage Treatment Plan Operation).

Jika anda mempunyai kewangan atau syarikat  mempunyai perancangan menghantar anda, maka anda haruslah mengisi borang yang disediakan dan mengikuti cara pembayaran yang telah ditetapkan.
Setelah pembayaran dilakukan, anda dikehendaki mendaftar latihan di Indah Water Konsortium Training Center. Setakat ini latihan diadakan di tempat ini, tapi manalah tahu pada masa akan datang saya tak dapat jangkakan.

Setelah pembayaran dan pendaftaran selesai dilakukan maka kursus anda pun bermula. Kebiasaannya kursus kompentensi adalah selama 5 hari.
Peringkat 1- Adalah kelas teori selama 4 hari dan setiap kali habis modul anda diwajibkan mengambil peperiksaan untuk modul tersebut.
Peringkat II-  Latihan praktikal 1/2 hari dimana anda wajib mengambil sampel dan menulis repot latihan praktikal di Loji Rawatan Kumbahan Indah Water.
Akhir sekali ialah peperiksaan utama ialatu peperiksaan kesemua modul dan latihan praktikal anda telah jalani selama 4 hari ini.

Tamatlah latihan CePSTPO anda dan dalam masa 2 minggu pihak MyWa akan menghantar keputusan peperiksaan anda.

Tapi saya nak ingatkan, sepanjang 5 hari latihan ini adalah amat memenatkan. Tumpuan harus ada kerana setiap kali anda tamat setiap modul, peperiksaan akan diberi pada anda keesokannya. Mahu tak mahu tak mahu anda terpaksa belajar. Anda tidak mempunyai masa enjoy, kelas dari pukul 8.00am - 5.00pm, balik rumah/hotel anda kena belajar untuk peperiksaan esok hari.
Memang stress ler...

JIKA ANDA GAGAL

Anda dikehendaki menduduki semula peperiksaan utama dimana anda mempunyai sebanyak 3 kali sahaja untuk gagal dalam peperiksaan ini . Jika anda gagal kali ketiga maka anda harus memasuki kursus semula. Dan yang mencabar lagi ialah jika anda gagal anda hanya mempunyai satu tahun untuk menduduki semula peperiksaan selepas tarikh slip dikeluarkan.

JIKA ANDA LULUS
Anda harus membuat latihan praktikal di tempat kerja anda dengan mengumpul data selama 6 bulan. Dalam latihan praktikal ini, salah satu aspek utama mereka mahu melihat sumbangan anda kepada usaha penambaikan yang telah dibuat di dalam aspek pemantauan prestasi Loji Rawatan Kumbahan dan kejayaan pengoperasian di tempat kerja anda secara keseluruhan.

Mereka juga telah menyediakan e-mail untuk anda bertanya kepada pihak DOE, IWK atau MyWa sepanjang anda membuat laporan lapangan ini.
Setakat ini saya pernah bertanya dan mendapat feedback yang baik dari mereka cuma agak lambat ler..hehehehe.

Tempoh anda harus menghantar laporan lapangan ini ialah dalam masa satu tahun selepas tarikh keputusan peperiksaan dikeluarkan.
Bagaimana format membuat laporan lapangan semuanya akan diberikan kepada anda semasa pihak MyWa menghantar keputusan peperiksaan anda.

TEMUDUGA

Setelah anda berjaya siapkan laporan lapangan tersebut anda harus hantar kepada pihak MyWa melalui alamat yang telah diberikan.
Setelah pihak My Wa dan penemuduga membaca laporan lapangan anda, mereka akan memanggil anda untuk ditemuduga.
Pihak penemuduga terdiri dari panel penilai DOE/SPAN.

Jika anda berjaya dalam temuduga tersebut maka akan diberi sijil pengiktirafan dan kad perakuan.
Dan anda layak digelar Certified Environmental Profesional In Sewage Treatment Plan Operation (CePSTPO).

Bagaimana mahukah anda menjadi pakar dalam Loji Rawatan Kumbahan?
Dan saya mengatakan potensi bidang ini amat baik kerana pada tahun 2013 hanya terdapat 13 orang sahaja Kompetensi CePSTPO  ini.
Dan jika tak salah dalam tahun 2019, semua pihak yang mempunyai Loji Rawatan Kumbahan haruslah mempunyai Kompetensi CePSTPO.

Dan untuk aku bukan tentang peluang yang diberi kerana pada tahun 2019, aku dah tak sesuai kot buat  kerja-kerja macam ini...hehehehehe.
Tetapi ia adalah satu nilai tambah untuk ilmu aku .

Catat Ulasan

5 Ulasan

MalizaMah berkata…
Menarik juga erk..
sitirohaida berkata…
baru tau pasal nie...terima kasih sbb share pasal nie...
Bunda_nora berkata…
Yalah, baru tahu berkenaan ini...terima kasih sudi berkongsi.
Tanpa Nama berkata…
menariklah...tqvm..
MagicTViral berkata…
salam abg sy bru attend krusus ni. dn telah lulus sekarang dlm process membuat report di lapngan

boleh sekiranya

add facebook sy

mohdeffi123@gmail.com

kerana sy mahu bertanya lbh lanjut