Di Sebalik Kisah Pelajar Didenda Makan Rumput Seperti Lembu

Di Sebalik Kisah Pelajar Didenda Makan Rumput Seperti Lembu

Di Sebalik Kisah Pelajar Didenda Makan Rumput Seperti Lembu
Minggu lepas kecoh satu Malaysia tentang dua orang pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng diperlakukkan seperti lembu dimana digantungkan loceng dan disuruh makan rumput oleh Cikgu Bahasa Inggeris bernama Chen Yan Yan yang berumur 26 tahun.

Mengamuk ibu bapa pelajar tersebut sehingga perkara ini dibawa ke pengetahuan pihak media!!
Malahan laporan polis telah dibuat dan pihak polis mengatakan perkara ini telah selesai apabila pihak sekolah telah meminta maaf pada kedua-dua ibu bapa tersebut.
Namun ibu bapa sekolah terbabit merasakan dengan hanya minta maaf bukan penyelesaian terbaik.
Di Sebalik Kisah Pelajar Didenda Makan Rumput Seperti Lembu

Akhirnya Cikgu "Lembu" tersebut telah diberikan amaran keras dan serta merta ditukar sekolah oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Pada hari ini dua pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng di sini yang diperlakukan seperti lembu oleh seorang guru lelaki akibat gagal menyiapkan kerja rumah tidak patah semangat untuk kembali ke sekolah walaupun mereka diejek dengan panggilan lembu oleh segelintir pelajar lain semalam.

Salah seorang mangsa berkata, dia ada terdengar beberapa rakan sekelas memanggilnya dengan gelaran lembu sewaktu memasuki kelas pada awal pagi semalam.

"Pagi tadi semasa saya masuk ke kelas, tiga orang rakan sekelas memanggil saya dengan gelaran lembu tetapi bukan semua mengejek.
"Ada juga beberapa rakan lain yang bergurau meminta autograf kerana mereka kata saya seperti artis sebab kisah saya keluar di televisyen dan surat khabar," katanya ketika ditemui selepas tamat sesi persekolahan semalam. (Sumber)

Di Sebalik Kisah Pelajar Didenda Makan Rumput Seperti Lembu
Tindakan hanya memindahkan cikgu tersebut ke sekolah lain untuk aku amatlah ringan. Kalaulah cikgu ini mengajar di Sweden aku rasa mahu 6 bulan kena tahan reman...hehehehe.

Ibubapa yang memukul anak mereka suruh solat pun kena reman apatah lagi cikgu yang mendera murid umpama lembu!!

Tindakan selanjutnya ialah pihak Kementerian akan memberi kaunseling kepada pelajar-pelajar terbabit atas dakwaan truma melampau yang mereka hadapi dari segi mental.

Tapi aku rasa kaunseling juga haruslah diberi pada Cikgu "Lembu" tersebut kerana perbuatan sedemikian adalah tingkah laku manusia yang menghadapi masalah mental.

Inilah pepatah melayu berkata "Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama" ..hehehehehe. Lain orang yang buat masalah, lain orang yang kena kaunseling....hahahahahaha. Bijak betul Kementerian Pendidikan kita ini. Masih hendak menyimpan pesakit mental di organisasi mereka...

Maklumat yang aku perolehi. tindakan Cikgu "Lembu" tersebut melakukan perbuatan tersebut bukanlah  kali pertama tetapi sudah beberapa kali. Oleh itu aku andaikan keseluruhan tenaga pengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng kita boleh kategorikan sebagai apa yekkk.. (Sumber)
Di Sebalik Kisah Pelajar Didenda Makan Rumput Seperti Lembu


Apakah tugas/tanggungjawab Guru Besar sekolah apabila melihat perilaku sedemikian berlaku di sekolah mereka. Apakah tugas guru-guru lain melihat tindakan bodoh yang dilakukan oleh guru tersebut yang berlaku pada hari tersebut atau hari-hari yang lain apabila melihat pelajar dipinkan loceng lembu.
Maksudnya bukan salah Cikgu "Lembu" semata-mata dalam hal ini kan?

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, empat orang murid gagal menyiapkan tugasan yang diberi namun guru terbabit hanya memberikan hukuman kepada kedua-dua mangsa.
Empat murid tidak siapkan kerja sekolah iaitu dua daripada kaum Cina dan dua lagi murid beragama Islam yang diambil tindakan hanya dua pelajar Islam sahaja dua lagi tiada apa-apa tindakan. (Sumber)
Di Sebalik Kisah Pelajar Didenda Makan Rumput Seperti Lembu
Jika saya hendak bercerita tentang rasisme ni, nanti tak pasal-pasal kena tahan nanti..hehehehehe. Tapi sekarang ini aku lihat banyak kes Sekolah Kebangsaan Cina.
3 minggu lepas, terdapat kes cikgu mualaf diminta menanggalkan tudung di salah satu Sekolah Cina. Tapi sudah selesai apabila pihak sekolah meminta maaf kepada guru tersebut.
Pihak Kementerian Pendidikan haruslah memantau perkara ini sebelum menjadi parah sehingga orang ramai menganggap Sekolah Kebangsaan Cina sebagai rasisme. Padahal hanya segelintir kecil sahaja yang peel sedemikian.

Saya nasihatkan jangan hal ini nanti dipolitikkan gara-gara pihak Kementerian Pendidikan ambil sambil lewa.

Akhir kata dalam kes sedemikian, ibu bapa juga haruslah memantau kerja sekolah anak. Root Cause kes ini ialah tak buat kerja sekolah. Kalau mereka buat kerja sekolah, tentu perkara sedemikian tidak terjadi.

Niat cikgu tersebut mungkin baik. Dari sumber ini, Cikgu "Lembu" itu berkata "Kalau awak rajin buat kerja, awak akan mendapat gaji besar kelak. Kalau tidak awak akan menjadi seekor lembu dan makan rumput.”

Tetapi yang pasti tindakan Cikgu 'Lembu" itu adalah melampau apabila mendenda pelajar sekolah rendah sedemikian rupa. Buat sesuatu perkara tidak berfikir inilah akibatnya...hehehehe.

Aku dulu pun nakal, cikgu disiplin aku kalau  menyebat memang berdas-das. Dulu kami tak merasa jadi Lembu tetapi jadi itik pernah ler..hehehehe. Sebab pernah kena denda jalan itik beramai-ramai keliling court badminton sebab gagal ujian Bahasa Melayu masa Tingkatan Lima dulu...hehehehehe.

Dunia pendidikan Malaysia makin lama makin maju tetapi pada masa yang sama kita juga haruslah memajukan pemikiran tenaga pengajar juga. Dulu tak ada slogan tampal banner depan sekolah " Cikgu Sayang Anda, Datanglah Ke Sekolah"..hehehehe tapi pelajar tak ler kena dera macam lembu..pelik..pelik..pelik.
Di Sebalik Kisah Pelajar Didenda Makan Rumput Seperti Lembu

Catat Ulasan

9 Ulasan

Cik Nor berkata…
dulu kna denda berdiri atas kerusi sampai habis waktu subjek tersebut jer..xsiap kerja sekolah punya pasal..haha
Cik Nor berkata…
tak siap kerja sekolah..kna berdiri atas kerusi..haha
Asmar Arafad berkata…
Harap2 kanak2 di Malaysia pun akan dapat hak saksama. Seperti Sweden..
Asmar Arafad berkata…
Harap2 kanak2 di Malaysia pun akan dapat hak saksama. Seperti Sweden..
sepatutnya ditamatkan perkhidmatan terus...
NoorBieLover berkata…
ermm..xleh pukul murid..menghina la pulak..huhuh..apa nak jd lanih..
sepatutnya KPM ambil tindakan yang lebih tegas lagi. Kurang-kurag gantung kerja satu tahun baru ada kesan kat orang lain juga jika tak nak buang kerja cikgu ni.
Mummy MM berkata…
Kesian dekat budak2
Tanpa Nama berkata…
hehehehhe..racist?