Tujuan Anwar Bertanding Di Adun Kajang 2014

Tujuan Anwar Bertanding Di Adun Kajang 2014

Tujuan Anwar Bertanding Di Adun Kajang 2014

Kecoh...kecoh...apabila isu Anwar akan bertanding dalam ADUN Kajang apabila Adun Kajang PKR meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar atas alasan kemakmuran menyeluruh untuk Pakatan.

Setakat ini aku tak berani nak komen apa-apa sebab ramai dah komen kat bawah ini termasuk mantan PM kita Tun. Dr. Mahathir Mohamad serta blogger-blogger politik dan akhbar utama Malaysia.

Tujuan yang dapat saya simpulkan ialah:
a) Batu loncatan ke Putrajaya
b) Kurangkan kuasa Kaum Cina Di Selangor
c) Alih fokus Rakyat Rayuan Kes Liwatnya
d) Selesaikan kemelut politik di Selangor

Jom kita baca artikel dari akhbar dan blogger-blogger ini:

Utusan Malaysia
Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dilihat sebagai batu loncatan bagi Ketua Pembangkang itu mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri, kata Tun. Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tujuan utama Anwar bertanding di DUN Kajang bukanlah kerana ingin menjadi Menteri Besar Selangor tetapi untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi. "Itu satu langkah untuk naik ke atas. Saya fikir itu (Menteri Besar) bukan matlamat beliau tetapi adalah satu tangga untuk mencapai matlamat. (Sumber)

Rakyatnews.my
Keputusan Pakatan Rakyat (PR) menyokong penuh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dilihat sebagai sandiwara politik yang sangat halus untuk menyelamatkan Anwar dari dipenjara buat kali kedua.

Bekas Setiausaha Sulitnya, Muhammad Rahimi Osman berkata, kemelut politik Selangor dilihat sebagai satu lakonan memandangkan kes rayuan liwatnya akan berjalan tidak lama lagi. "Tindakan Anwar bertanding di DUN Kajang merupakan satu ‘political move’ untuk memberi tekanan kepada mahkamah dan kerajaan dalam kes rayuan liwat beliau," katanya

Taktik yang sama digunakan oleh Anwar ketika kali pertama kes liwat kedua ini terjadi, Anwar telah meminta isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi bagi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepadanya bertanding.

Disebabkan itu, terjadinya ‘mother of by-election’ pada ketika itu dan fokus seluruh negara beralih kepada pilihanraya kecil dan bukan lagi kes liwat. (Sumber)

Blogger Kulaanniring
Beliau paksa Adun Kajang letak jawatan bagi membolehkan beliau bertanding sebagai Adun seterusnya memudahkan lagi misi orang tua  nak menjadi Menteri Besar Selangor.

Tapi ada orang tanya aku kenapa mesti di Kajang. Jawapan aku mudah saja, kerana Kajang adalah kubu kuat Pakatan dengan majoriti berbelas ribu sebab itu Amwar melihat di Kajanglah kawasan paling selamat dan cerah untuk beliau menang seterusnya meneruskan misi rakusnya yang gila jawatan. (Sumber)

Blogger mykmu
Yang penulis nak sentuh hari ini ialah, keberanian Anwar buat suka hati dia sekarang ini ialah kerana Anwar tahu cina yang ada di Malaysia hari ini bodoh-bodoh belaka.

Suka hati dialah nak arah ADUN letak jawatan supaya dia boleh ganti dan sebagainya sebab ini semua calculated risk - cina pasti akan sokong. Si bodoh yang letak jawatan tak sampai setahun menang sebagai ADUN itupun dari bangsa yang sama juga.

Anwar dah baca dah, cina kat Kajang nun akan tetap undi dia kerana DAP sudah makan budi dengan Anwar yang kononnya berjaya pujuk orang Melayu untuk menerima parti rasis tersebut – pedulilah duit rakyat terbazir atau tidak.(Sumber)

Malaysia Insider
Selepas diserang bertalu-talu di media sosial berhubung keputusannya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau akan menjelajah kawasan tersebut bagi memberikan penerangan.

Anwar juga berkata beliau akan menjelaskan mengenai keputusan dan strategi seterusnya dalam menjadikan kerusi DUN Kajang bagi melonjak Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya. "Ia antara strategi, kita halusi dan akan jelaskan di Kajang," kata Anwar dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. (Sumber)

Malaysia Insider
Krisis dan kontroversi tercetus sejak pengumuman kenaikan gaji oleh Abdul Khalid yang dikatakan tidak dibuat secara konsensus.

Kemudian disusuli insiden pengguguran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali daripada anak syarikat negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.

Kemelut PKR berterusan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Isnin.

Semalam, pengumuman dibuat PKR untuk meletak Anwar sebagai calon di kerusi yang dianggap selamat untuk dimenangi. Langkah meletak Anwar dilihat pengkritik sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Abdul Khalid dan Azmin yang menyukarkan pentadbiran Selangor. (Sumber)

Catat Ulasan

4 Ulasan

macam-macam cerita degan dunia politik. Kita tunggu dan lihat nanti.
Unknown berkata…
wlau apa pun motifnya..tapi jelas menampakkan demokrasi di malaysia ni mcm sarkis.
Aimacomel berkata…
Nak komen apa, hurmmmmm...
Ben berkata…
Brader
Anwar
Bin
Ibrahim