Kaki Wayang: Pompeii

Kaki Wayang: Pompeii

 Pompeii
Hari Rabu yang lalu aku dan wife aku menonton filem terhangat dipasaran ketika ini iaitu Pompeii.

Filem ini dalam kategori 18sx dimana kanak-kanak tidak boleh menonton disebabkan keganasan dan pembunuhan yang agak melampau...

Tetapi tidak seteruk filem 300 yang pernah aku tonton dulu, lagi dahsyat!!!

Ranking yang aku boleh kasi pada filem Pompeii 3.5/5 ler... Filem ini dari mula hingga habis memang tak bosan tengok.

Filem ini berkisar tentang kehidupan hero bernama Milo dari keturunan Celtic dimana keluarganya telah dibunuh oleh tentera Roman di bawah pimpinan Senator Corvus semasa beliau kecil.

Kemudian beliau telah ditawan dan menjadi hamba untuk perlawanan Gladiator. Disebabkan beliau ini berbakat dalam Gladiator maka beliau telah dibawa ke Pompeii untuk berlawan di arena yang lebih hebat.

 Pompeii
Semasa disana beliau telah berjumpa dengan puteri Pompeii bernama Cassia dan bermulalah siri-siri jatuh cinta yang hangat...hehehehehe.

Dan kemudian nak dijadikan cerita beliau juga telah berjumpa semula pembunuh keluarganya Senator Corvus dan konco-konconya.

Dalam cerita ini bermula dengan percintaan Cassia dan Milo serta campurtangan Senator Carvus yang mahukan Cassia. Dan ditambah lagi unsur-unsur dendam menyemarakkan kerakusan keganasan filem ini.

Klimak cerita ini bermula apabila letusan gunung berapi yang menenggelamkan bandar Pompeii.
Semasa letusan gunung berapi ini, pergaduhan masih lagi berlaku antara Milo dan Senator Carvus dalam menyelamatkan diri mereka dan perebutan kekasih.


TETAPI pengakhiran filem ini memangtak best!!! Hero dan heroin Pompeii ini akhirnya mati juga ditelan oleh gunung berapi Pompeii. Pehhh!!!  memang aku frust jugak ler...

Sebab tu aku kasi ranking 3.5/5 sebab aku tengah emosional hero mati...huhuhuhuhu.
 Pompeii




Catat Ulasan

7 Ulasan

Macam best aje cerita tu. tapi tengok cerita jika hero mati memang tak berapa best. Rasa macam sia-sia pula apa yang dah di buat oleh hero..huhu..
Korn Ahmad berkata…
oh, sebab ko frust ending die hero n heroin die mati, sebab tu ko kasi die 3.5 bintang eh.. best kot cerita ni, layak korn bg 4.5 bintang.. terlampau banyak cerita yang ending nya yang hidup. jadi cerita ni mati, kira bagus lah...
haha, lain org lain pendapat. ape2pun cerita ni mmg best dan tak membosankan
Unknown berkata…
alahai touching pulak.... hero mati...
Azlan Strider berkata…
mamcam memnarik..haritu aku ada baca review yang blogger bagi 3.8 plak..i guess kalau above 3 tu masih berbaloi tengok laa bro..btul tak..hehehe

Regards,
-Strider-
Dunia Zumal berkata…
Sedih la hero dan heroin dah mati
Tanpa Nama berkata…
Ngeri juga sejarah pompeii yg sebenar kn?
Tanpa Nama berkata…
pada pendapat aku kalau just nk tengok filem ni untuk suka2 takpe...tapi jangan tak tau pompeii ni salah satu kaum atau kota maksiat yang di binasakan oleh Allah s.w.t