Kisah Di Sebalik Ketua Menteri Sarawak Letak Jawatan

Kisah Di Sebalik Ketua Menteri Sarawak Letak Jawatan

Kisah Di Sebalik Ketua Menteri Sarawak Letak Jawatan
Isu panas lagi!! Kali ini kecoh tentang Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud yang telah meletakkan jawatan yang telah disandang selama 33 tahun .

Akhirnya Sarawak akan bertukar pucuk pimpinan yang begitu lama di sandang oleh dinasti Taib Mahmud ini.
Namun ramai mengatakan peletakan jawatan oleh Taib Mahmud ada sangkut paut tentang tarikh akhir Yang Di-Pertua Sarawak  Tun Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh pada 28 Februari ini.

Dimana Taib Mahmud bercita-cita meneruskan legasinya menerusi jawatan Yang Di-Pertua Sarawak. Dimana jika beliau menguasai kerusi Yang Di-Pertua Sarawak taraf beliau akan menjadi lebih tinggi lagi iaitu nilainya seperti raja atau Sultan di Malaysia.

Bahkan secara automatik pelantikan Yang  DiPertuan Agung kepada Taib Mahmud nanti membolehkan beliau menyertai Majlis Raja-Raja.Secara tak langsung Taib Mahmud masih lagi berkuasa.

Apabila dilantik sebagai Yang Di-Pertua Sarawak, sudah tentu gelaran Tun akan menjadi idamannya. Melalui gelaran Tun beliau mempunyai imuniti kekebalan undang-undang. Itulah setahu aku...

Apabila mempunyai jawatan Yang Di-Pertua dan pada masa akan datang mempunyai darjah kebesaran Tun, siapa yang berani untuk mendakwa Taib Mahmud apabila beliau tiada kuasa sebagai Ketua Menteri nanti.

Kisah Di Sebalik Ketua Menteri Sarawak Letak Jawatan
Selain itu terdapat ura-ura mengatakan peletakan jawatan Taib Mahmud ini adalah atas desakan PM kita iaitu Dato Seri Najib kita.

Dimana dari  segi politik, Sarawak semakin banyak kehilangan kerusi disebabkan pihak pembangkang menggunakan Taib Mahmud yang memerintah Sarawak terlalu lama dan didakwa memiliki sejumlah harta Sarawak yang besar.

Agenda sebegini amatlah tidak baik kepada Bn kerana Sabah dan Sarawak adalah lubuk politik BN. Kehilangan kerusi di Sarawak bermakna BN semakin hilang kuasanya.

Mahu tak mahu Taib Mahmud harus meletakkan jawatan sebelum isu Taib Mahmud ini diperbesarkan.
Sudah tentu jika mahukan Taib Mahmud meletakkan jawatan, Najib harus menjanjikan sesuatu yang lagi baik!!

Sekali lagi jawatan Yang Di-Pertua Sarawak menjadi imbuhannya. Untuk mendapatkan jawatan Yang Di-Pertua Sarawak bukannya mudah. Kena dapatkan persetujuan Yang Dipertuan Agung dan untuk melobi Taib Mahmud calon terbaik Yang Di-Pertua Sarawak ialah tugas PM kita Dato Seri Najib.

Inilah kita namakan Win Win  Situation, PM dan Taib Mahmud masing-masing untung dari segi politik.
Ini adalah pendapat aku dan juga melalui beberapa pembacaan beberapa blog.

Aku menulis disini atas pemahaman aku tentang politik Sarawak ini. Ini adalah andaian aku sahaja.

Jika benar, aku tak salahkan sesiapa kerana dalam politik ada term yang kita panggil survival politik. Politik ini tentang pegelutan kuasa  dan siapa yang bijak dan kuat ia akan terus bertahan.
Kisah Di Sebalik Ketua Menteri Sarawak Letak Jawatan
 

Catat Ulasan

8 Ulasan

Ciktie berkata…
hmm..tak pernah pun ambil tahu bab-bab politik ni. Tapi ada juga baca tentang perletakan jawatan ketua menteri sarawak ni
Unknown berkata…
mmm... nama pun politik ada masa diatas ada masa dibawah... yang rugi kroni le... bila diatas dalam masa yang kroni pun diatas... bila sudah jatuh kroni yang tergolek2
Puteri berkata…
Sarawak perlu seorang pemimpin baru yang lebih berkaliber, perlu ada perubahan dalam barisan pemimpin untuk suatu perubahan.

BTW terima kasih banyak Tuan, untuk perkongsian tips for blogging. I really miss the boat :) Thanks again
wantie berkata…
bagus jugak beri pendapat. so, boleh compare pendapat org tu, pendapat orang ni..

hal politik tak pandai la pulak nak buat andaian.
tak pe la. kuasa kuasa kuasa..

Tanpa Nama berkata…
O..kita tunggu dan lihat nanti.
cik amal berkata…
politik2 ni, amal memang xmahir.. hehehe
cik amal berkata…
politik2 ni, amal memang xmahir.. hehehe
cik amal berkata…
politik2 ni, amal memang xmahir.. hehehe