Apa Itu Keyword Planner

Apa Itu Keyword Planner

 Keyword Planner
Salam satu blogger. Salah satu usaha sebagai blogger atau blogshop ialah mendapatkan trafik yang tinggi dan salah satu impian ialah mendapatkan URL atau post anda berada di enjin carian mukasurat pertama.

Dan semua tahu penggunaan keyword adalah amat penting dalam menerbitkan sesebuah blog atau post.

Salah satu teknik terbaik dan disediakan ialah menggunakan Keyword Planner. Sebelum itu anda mesti pernah dengar keyword tools tetapi aplikasi ini telah diganti dengan Keyword Planner.
Untuk mudahkan anda ----Klik Di Sini Untuk Ke Keyword Planner

Selepas itu anda daftar sahaja.
Kemudian anda pergi ke Tools dan pilih Keyword Planner.
 Keyword Planner


Kemudian akan keluar laman seperti di bawah dan anda pilih:
Search for new keyword and ad group ideas.
 Keyword Planner
Dalam kolum produk, saya isikan produk double stem cell..

Jangan lupa updated targetting area seperti contoh sebelah saya isikan Malaysia.

Setelah puas hati anda klik Get Ideas dan nanti akan keluar gambar seperti dibawah.

Dimana ia memperlihatkan average sebulan carian untuk Double Stem Cell. Pada gambarajah di bawah ia memperlihatkan average permonth ianya tidak terlalu tinggi dan boleh diambil pakai.

 Keyword Planner




Jika average per-month melebihi 100,000 janganlah pilih keyword tersebut sebab memang susah nak menang lawan website lain..hehehehehehe.

Tetapi melalui Keyword Planner juga ia ada juga memberi idea dengan kolum sebelah itu iaitu Keyword Ideas.
 Keyword Planner


Melaui keyword ideas, ia memberi beberapa pilihan untuk anda pilih keyword yang berkaitan dan saingan yang kurang yang membolehkan URL /POst anda berada di muka surat pertama enjin carian.

Sebagai contoh ialah ia mencadangkan Double Stem Cell Malaysia dimana average carian sebulan ialah 320 tetapi kecil sangat pula..heheheheh. Terpulang pada anda.

Maka selesailah masalah anda dalam memilih keyword yang baik untuk URL/Post anda tetapi ada satu lagi tips iaitu anda boleh taip keyword pilihan guna enjin carian Google jika anda masih pening mana yang terbaik.

Gunakan Enjin Carian Google dan taip:
Sebagai contoh jika anda pilih keyword Double Stem Cell Malaysia:
 Keyword Planner
Dalam enjin carian ia memberi sebanyak 1,490,000 juta. Ia masih releven kerana ia bawah dari 2,000,000 juta carian.


TETAPI jika anda  pilih keyword Double Stem Cell:
 Keyword Planner

Dalam enjin carian ia memberi sebanyak 11,700,000 juta. Ianya terlalu besar dan agak sukar untuk anda mendapat tempat dalam muka surat pertama enjin carian Google.


Kesimpulannya untuk mendapatkan keyword yang baik ialah mengguna keyword planner memilih keyword yang baik dan untuk konpemkan keyword anda baik atau tidak, gunakan enjin carian Google untuk melihat result carian samada banyak saingan tak di enjin carian.

Sebaik-baiknya ialah jika saingan enjin carian bawah 2 juta carian dan keyword sebulan bawah 100,000 ribu.

Walau bagaimana pun keyword planner ini banyak lagi kegunaannya terutama untuk pengguna Google Adsense dalam mencari bid yang tinggi.

Selain itu ia juga ada graf yang menunjukkan prestasi setiap keyword dalam beberapa bulan samada naik atau menurun.



Catat Ulasan

6 Ulasan

wah bagus entri ni, thanks for sharing bang...
Dunia Zumal berkata…
Bagus bermanfaat
Blog Santai berkata…
Thanks Hanif for info...
OKje berkata…
TQ share info ni Nep....mcm biasalah nan hado keyword yg meletop kat blog okje tu setakat ni hehe
OKje berkata…
TQ share info ni Nep....mcm biasalah nan hado keyword yg meletop kat blog okje tu setakat ni hehe
Tanpa Nama berkata…
terbaiklah entri ni..