Bukti Blog Responsif Jana Pendapatan

Bukti Blog Responsif Jana Pendapatan




Tempoh hari saya ada membuat artikel mengenai apa itu blog responsif yang bertajuk Blog Responsif Trend Wajib Blogger.

Sekali lagi saya jelaskan, apa itu blog responsif atau dalam bahasa inggeris dipanggil Responsive Web Design (RWD). Blog responsif secara amnya ialah reka bentuk laman web yang dapat memberi respon ke atas pelbagai peranti iaitu dari desktop ke tablet hinggalah telefon pintar. Secara ringkasnya apa yang kita lihat di desktop PC kita adalah sama jika dilihat di tablet atau telefon pintar.

Melalui graf diatas memperlihatkan carta pai pendapatan saya dalam Google Adsense. Dalam banyak-banyak analisa report yang terbaik setakat ini ialah Google Adsense. Sebab itu saya guna contoh Google Adsense...hehehehe.

Bukti Blog Responsif Jana PendapatanSelain itu saya juga tunjukkan data trafik dari whoamongus disebelah  ini. Dimana pada tarikh 19.03.2014 pembaca blog Hanif Idrus terdiri dari pengguna deskstop sebanyak 50% dan table/phone sebanyak 50% juga!!

Ini menandakan pembaca blog sekarang adalah berciri teknologi terkini.

Artikel saya ini juga terguna pakai sesiapa yang guna iklan Nuffnang atau apa-apa pun. Janji iklan yang memerlukan klik-klik..hahahahaha.

Dahulu sebelum saya menukar blog saya kepada blog responsif, Pay Per Click saya hanya tertumpu pada deskstop sahaja kerana saya enable mobile setting dalam blogspot.

Apabila saya menukar blog ini kepada blog responsif dalam masa tidak sampai seminggu saya melihat perubahan dalam trend klik yang terdiri daripada mobile atau tablet yang menyumbang sebanyak 21% pendapatan.

Apabila kita enable mobile setting dalam blogspot yang keluar hanyalah post kita sahaja tetapi widget atau iklan-iklan anda tidak keluar. Inilah kerugian yang amat besar kerana saya percaya ketika ini pun jika anda membaca blog saya pun ada yang mengguna mobile smartphone atau tablet.

Potensi iklan anda diklik menjadi tidak produktif dan menyebabkan penurunan dalam pendapatan yang sepatutnya hak anda!!!!

Tetapi jika anda disable mobile setting dalam blogspot tanpa guna blog responsif saiznya amat berbeza. Kadangkala menjadi besar atau ada widget yang tak duduk disusunan yang betul atau hilang dan yang pastinya loading time berat.

Inilah buktinya anda perlu menukar blog templates anda kepada blog responsif. Mana nak dapatkan blog responsif ini, anda boleh klik pada link artikel tentang blog responsif yang saya letak tadi.

Pssss...jangan ingat saya punya pendapatan tinggi sangat..hehehehe. satu hari nak dapat USD0.30 pun susah..ahaks.... Tapi at least kita berusaha memaksimumkan pendapatan melalui blog responsif...

Catat Ulasan

4 Ulasan

Dunia Zumal berkata…
Zumal selalu ikuti tips bro Hanif dan terbukti meningkatkan page view dan unik visit kat blog Zumal. Thanks atas perkongsian berguna ini :)
great piece of sharing bang...
ZULHILMI TEMPOYAK berkata…
dari dulu page eden ni mcm hiasan.. huu