Pencuri Pasport MH370 Telah Dikenalpasti!!

Pencuri Pasport MH370 Telah Dikenalpasti!!

Pencuri Pasport MH370  Telah Dikenalpasti!!
Polis sudah mengenal pasti seorang daripada dua individu yang menggunakan passport palsu untuk menaiki pesawat MH370.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, individu itu dikenali sebagai Pouria Nur Mohamad Mehdrad, 19, dipercayai warga Iran yang ingin bermigrasi ke German yang menggunakan pasport curi milik lelaki Austria, Christian Kozel, 30

Pencuri Pasport MH370  Telah Dikenalpasti!!
Lelaki itu menggunakan pasport warga Austria yang dilapor hilang di Thailand oleh pemilik sebenar, sebelum ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap individu terbabit mendapati lelaki berkenaan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

"Kami sedang sedang mengenal pasti seorang lagi individu yang turut menggunakan passport palsu.

 "Buat masa ini, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mendapatkan maklumat daripada polis negara lain," katanya.

Polis mendapat maklumat berkenaan Pouria Nur Mohamad Mehdrad  apabila ibu beliau menelepon MAS bertanya penerbangan anaknya yang sepatutnya tiba di Jerman, Frankfurt.

Persoalan sekarang bagaimana Pouria Nur Mohamad Mehdrad boleh terlepas melalui imigresen lapangan terbang. Yang aku faham tadi, ialah mengenai sistem biometrik pada pasport tersebut belum digunapakai lagi.

Biarlah pihak polis menjalankan siasatan tentang hal tetapi apa yang aku lihat tadi melalui rakaman awal d TV bersama media.  Isu bagaimana penumpang lain boleh menggunakan pasport pihak lain amat hebat diperdebatkan.

Biarlah pihak polis dan imigresen menjalankan penyiasatan mereka tetapi untuk aku, isu sebegini amatlah penting untuk dijalankan siasatan secara mendalam kerana ia melibatkan isu-isu keselamatan negara.

Setakat aku menulis artikel ini sudah 88jam pesawat MH370 tidak dapat dikesan. Bagaimanakah nasib mereka semua.

UPDATE 12.03.2012
Polis mengenal pasti warganegara Iran, Delavar Syed Mohammad Reza, 30 sebagai seorang daripada dua penumpang yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 menggunakan pasport palsu.

Difahamkan identiti pemegang pasport curi Itali itu ialah Delavar Syed Mohammad Reza, 30, juga disahkan warga Iran yang  menggunakan pasport curi milik lelaki Itali bernama Luigi Maraldi, 37.

Polis masih menyiasat hubungan kedua-dua lelaki itu yang menggunakan pasport palsu.
Berikutan itu, menurut beliau, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes berkenaan yang diketahui oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.



Delavar Syed Mohammad Reza

Sekarang memang sah pengguna pasport curi ini adalah warga Iran bagaimana hubungan mereka masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa. Memang berat kes ini ler.....huhuhuhu

Setakat sudah lebih 100 jam pesawat MH370 ini hilang.
 #DoaUntukMH370
 #PrayFor MH370

Catat Ulasan

6 Ulasan

adoiii janganlah kata kena hijacked...
Unknown berkata…
Risau selagi belum tahu apa ceritanyakan.... pray for mh370
Blog Santai berkata…
kes ni dah jadi semakin misteri..banyak teori yang tak boleh digunakan...
wantie berkata…
Kes ni semakin rumit. Dah bape hari ni...
Fairuz berkata…
Moga Allah permudahkan semua misteri...
Tanpa Nama berkata…
misteri..