Pengertian CPC, CTR dan RPM Dalam Google Adsense.

Pengertian CPC, CTR dan RPM Dalam Google Adsense.

Salah satu pengiklanan on line yang terbaik ialah Google Adsense iaitu satu perkhidmatan yang disediakan oleh Google untuk pengiklan dan kita sebagai publisher akan tepek di blog kita dengan harapan pembaca akan menklik dan anda akan memperolehi sedikit pendapatan dari klik ini.

Tetapi dengan blog yang mempunyai niche yang tepat kadangkala setiap Pay Per Klik akan memberi hasil yang tinggi sehingga satu klik anda mampu memperolehi USD2.00 keatas. Itulah kelebihan Google Adsense.

Ertinya jka anda menggunakan matawang RM , anda hanya perlu satu hari perklik 10 kali sahaja untuk mendapat pendapatan USD USD600 atau bersamaan RM1000+ sebulan. 10 kali klik adalah satu jumlah yang rasional.

Disini saya akan terangkan pati Google Adsense iaitu CPC, CTR dan RPM Google Adsense. Jika anda mempunyai akaun Google Adsense anda mesti memahami istilah dalam memanipulasi dan memaksimumkan kadar pendapatan anda.


1. CTR, CTR merupakan singkatan dari Click Through Rate. Istilah CTR digunakan untuk menghitung jumlah klik iklan dibagi dengan jumlah tayangan iklan. Jadi apabila iklan ditayangkan di sebuah blog sebanyak 1500 kali dan mendapatkan klik 12 kali maka CTR-nya adalah 12/1500=0,008=0,8%

2. CPC, CPC adalah singkatan dari Cost Per Click (Bayaran Per Klik). Istilah CPC digunakan untuk mengira bayaran per klik. Bayaran per klik ini ditentukan sendiri oleh pengiklan, dan CPC untuk setiap pengiklan berbeza-beza, ada yang bersedia membayar lebih daripada pengiklan lain, bergantung pada apa yang diiklankan.

3. RPM, RPM adalah singkatan Revenue per thousands impressions. RPM untuk menghitung Perkiraan Pendapatan dibagi Jumlah Iklan Keluar dikali 1000. Rumusnya adalah RPM=Perkiraan Pendapatan/Jumlah Iklan*1000.

Contoh : Iklan di blog anda mendapatkan pendapatan $0.10 dari 500  halaman iklan, maka RPM iklan anda adalah RPM= (0,10/500)*1000=$2,00

Inilah penerangan santai tentang CPC, CTR dan RPM. Jika orang bertanya mana yang penting sudah tentu semuanya penting tetapi bagi aku yang terpenting ialah CPC yang mempengaruhi perbedaan pendapatan anda dengan orang lain.

Kadang=kadang aku jeles juga lihat ada blogger tu sehari pendapatan Google Adsense ialah USD 200!!! Bayangkan kalau sebulan...fuhhhhh...

Terdapat beberapa cara dalam menaikkan pendapatan online anda secara mudah ialah menggunakan template blog responsif yang memberi impak kenaikan sehingga 50% pendapatan tidak mengira samada anda mengguna Nuffnnang, Google Adsense atau apa-apa pengiklan Pay Per Klik ini.


Kedua ialah membuat beberapa blog dengan niche yang tepat akan memberi potensi penambahan pendapatan yang tinggi. Jika anda berharap satu blog sahaja dalam menjana pendapatan anda ianya agak sukar.

Ketiga jangan tamak, jika anda hendak jana pendapatan, fokus satu persatu. Jika hendak fokus Google Adsense...fokus Google Adsense sampai pro. Kemudian baru fokus kepada blogshop affialite, Churp-Churp, 8Share, Bidvester, JobDiRumah dan yang lain-lain. 

Kalau tidak anda akan hilang fokus dan akhirnya blog anda padat dengan iklan sahaja..hehehehehe.

Selamat Menjana Pendapatan.....

Catat Ulasan

2 Ulasan

Hanif Adnan berkata…
Terima Kasih untuk maklumat ini bro :-)
Unknown berkata…
info menarik bro..thank you