Adam AF dan Fiza Elite Sah Bercerai

Adam AF dan Fiza Elite Sah Bercerai

Adam AF  dan Fiza Elite Sah Bercerai
NAMA Adam dan Fiza kembali menjadi perhatian selepas bekas ahli anggota Elite itu dikatakan memfailkan penceraian di mahkamah syariah di Shah Alam minggu lalu. Khabar itu tentu sekali mengejutkan ramai selepas Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, menerusi kenyataan kepada beberapa portal hiburan minggu lalu memberitahu dia dan isterinya tidak bergaduh dan meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga mereka.

Ditebak sekali lagi mengenai perihal rumah tangganya, Adam berkata kepada Zass, : "Maaf saya tidak mahu komen mengenai hal peribadi. Tunggu saja masa dan ketikanya nanti, pasti akan mengetahuinya," jelas Adam yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Adam AF  dan Fiza Elite Sah Bercerai
Sebelum ini Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, dan Adam mengejutkan peminat dan industri seni apabila mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga September tahun lalu. Pernikahan itu berlangsung dalam majlis serba sederhana di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam selepas dua bulan berkenalan.

Bagaimanapun sebulan selepas itu, hal rumah tangga mereka menjadi perhatian apabila pasangan ini dikatakan bergaduh besar di stesen minyak dipercayai akibat perasaan cemburu Adam selepas Fiza terjumpa dengan bekas teman lelakinya. Namun, Adam yang dihubungi selepas itu menjelaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik. Bagaimanapun beberapa bulan kemudian, sekali lagi perkahwinan Adam dan Fiza jadi bahan perhatian selepas Fiza dilihat memadam gambar-gambar suaminya di Instagram.

Namun, Fiza menerusi akaun Instagram miliknya seolah-olah meluahkan perasaan mengenai apa yang dirasai ketika ini. "Salam semua. Maaf andai saya ada berbuat silap atau terkasar bahasa. Saya benar-benar berharap agar semua di luar sana memahami perasaan saya sekarang ini. Janganlah ditanya bermacam-macam jenis soalan.

Saya ini cuma wanita biasa yang ke kadang lemah dan tak mampu untuk menanggung beban. "Tapi saya tahu dan pasti semua ini ketentuan dari pada ALLAH. Siapa yang mahu untuk jadi begini? Kalau disoal pada sesiapa pun, tak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya. Hormatilah apa jua keputusan saya.

Saya hanya merancang, tapi ALLAH lebih mengetahui segala-galanya. "Saya cuma perlukan sokongan daripada anda semua untuk saya terus kuat dan maju ke depan. Apa yang terjadi dan bakal berlaku biarlah jadi rahsia antara saya dan ALLAH.

Tak perlu untuk saya berkongsi ke semua cerita peribadi saya kepada umum. "Harap semua dapat memahami ya. Doakan yang terbaik untuk kami. ALLAH adalah tempat saya berbicara dan mengadu, bukan dengan sesiapa pun. Kita sebagai makhluk ALLAH dan hambanya cuma perlu menadah tangan dan berdoa meminta pertolongan dari-Nya. Amin.”


TERBARU:
Pasangan sensasi, Fiza Elite dan Adam AF yang baru sahaja mendirikan rumahtangga sekitar September tahun lalu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, kira-kira jam 1.05 tengah hari tadi berdasarkan maklumat terkini yang dikongsikan dalam laman twitter Harian Metro.

Adam AF yang dihubungi tentang perkara itu memberitahu penceraian mereka dilakukan secara baik tanpa melibatkan sebarang tuntutan nafkah atau lain-lain. 

Bagi Fizia Elite pula, hubungan mereka sebagai suami isteri tiada jodoh walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga yang mula bergolak akhir tahun lalu.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
So.. semua dalam kumpulan Elite dah alami perceraian ? Betul ?
Cik Nor berkata…
doakan yg terbaik utk mereka..aamiin