Bangga Apabila Artikel Anda Di Plagiat?

Bangga Apabila Artikel Anda Di Plagiat?

Bangga Apabila Artikel Anda Di Plagiat?

Salam satu blogger. Isu artikel di plagiat atau dicopy merupakan satu isu universal bagi seorang blogger. Apatah isu yang diterbitkan menjadi carian dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tersebut memang hangat dan berpotensi menaikkan trafik sesebuah blog jika anda menirunya.

Setakat untuk hari ini, jumlah perkataan artkel aku telah diplagiat sebanyak 11,612 patah perkataan serta 6 gambar( cara membuat layang-layang).

Persoalan timbul adakah aku marah? Aku sama sekali tidak pernah marah malah aku menggalakkan sesiapa yang mahu meniru untuk menjana ilmu dari blog Hanif Idrus dipersilakan.

Malah aku berbangga kerana aku dapat memberikan ilmu kepada mereka yang sedang membuat kajian atau ingin mempelajari sesuatu. Mungkin ilmu itu tidak dapat dinilaikan melalui wang ringgit tetapi untuk aku apabila seseorang itu memplagiat ilmu dari Hanif Blog maka aku sudah tentu mendapat bahagiannya.

Bangga Apabila Artikel Anda Di Plagiat?
Kecuali jika ilmu yang diplagiat itu menyusahkan pihak lain seperti kes terpanas Malaysia iaitu kes Tudung Fareeda. Ramai peniru-peniru Tudung Fareeda telah diserbu dan dirampas tudung mereka.

Itu lain kerana ia melibatkan hakcipta dan mereka mengaut keuntungan dari produk Fareeda. Semalam berita, Mawar iaitu pemilik Tudung Fareeda telah promosikan tudung mereka dengan kos 4 juta ringgit dan pihak lain pula kaut keuntungan dengan meniru produk mereka.
Siapa yang tidak marah..hehehehhe

Tetapi dalam kes aku ini, apalah hebat sangat aku nak hakcipta semua artikel aku ini. Jika aku block semua artikel dari diplagiat, apa yang aku perolehi. 

Adakah pendapatan aku akan menurun? 
Adakah imej aku akan tercalar?

Semuanya tidak kan? Aku berpegang pada satu prinsip jika anda mahu berblogging terimalah hakikat artikel anda akan diplagiat.

Jika terlalu rahsia dan memerlukan kajian dalam bentuk wang , janganlah terbitkan. Terbitkanlah artikel anda di saluran yang betul seperti website jurnal sains ker. Bukan di blog anda ni.

Dan anda patut berterima kasih pada mereka yang plagiat artikel anda kerana seseorang itu tidak akan plagiat artikel anda jika mereka fikir artikel anda tidak bagus!!!

Sebagai blogger, janganlah kita over sangat tentang isu plagiat ini. Lemas aku membaca artikel anda yang maki-maki ada pihak tertentu meniru artikel anda. 

Kita berblogging ini untuk berkongsi ilmu dan tukang plagiat pula kalau nak amik semua artikel tu, letaklah sikit tulisan kecik sumber dari mana pada perenggan terakhir tu...hehehehhee.

Kalau gambar, tak payah ler...aku pun selalu plagiat gambar yang cun-cun dari internet setiap artikel aku ini..ahaks... Ertinya semua orang pernah berplagiat...that normal as blogger.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Teacher Basariah berkata…
Baiklah en.hanif..(^-^)
Eiqa Almond berkata…
Ohhhh, baca entry ni baru tau kes Fareeda tu. Setuju setujuuu.
THE AUTHOR berkata…
hehhehehehehehhehehe