Cabaran Brunei Melaksanakan Hukum Hudud

Cabaran Brunei Melaksanakan Hukum Hudud

Cabaran Brunei Melaksanakan Hukum Hudud

Islam VS Globalisasi.... Itulah cabaran Brunei dalam melaksanakan hukum hudud di negara Islam. Pelbagai tentangan terpaksa di hadapi oleh Brunei seperti organisasi besar PBB menganggap hukum hudud ini satu penderaan!!!

Malahan NGO berselimutkan hak asasi sosial seperti LBGT ( Lesbian, Biseksual, Gay Dan Transgender) telah memboikot hotel Sultan Brunei atas pelaksanaan Hukum Hudud.

Islamfobia masih lagi menebal dikalangan warga dunia yang menganggap Islam sebuah agama keganasan. Walau apapun aku tetap menyokong pelaksanaan hukum hudud ini di Brunei.

Pada pendapat aku, Brunei terpaksa menjelaskan dengan lengkap apa itu hukum hudud. Ini bukan satu kerja yang mudah berdasarkan pandangan dunia tentang Islam.

Jika pelaksanaan hukum hudud di Brunei berjaya, maka Malaysia berpotensi melaksanakannya. Adakala kita terpaksa menjadi pak turut dalam memperjuangkan Islam. Pabila Malaysia hendak melaksanakan hukum hudud ianya menjadi isu politik...hanya Brunei sahaja contoh terbaik pelaksanaan hukum hudud di Malaysia... insyaallah..
Cabaran Brunei Melaksanakan Hukum Hudud
Brunei menangguhkan pelaksanaan undang-undang Islam yang sepatutnya bermula semalam ketika negara itu menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Pembantu Pengarah Unit Undang-undang Islam Brunei, Jauyah Zaini berkata, tiada tarikh baru ditetapkan untuk memulakan pelaksanaan undang-undang syariah itu yang menyediakan peruntukan hukuman sebat, memotong tangan atau kaki serta rejaman hingga mati.

Namun, Jauyah berkata, undang-undang hukum hudud itu akan tetap dilaksanakan “dalam masa terdekat.”

Katanya, pelaksanaan undang-undang hukum hudud itu terpaksa ditangguh atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengumuman itu dibuat ketika Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dan kerajaan dipercayai menunggu pemerintah berkuasa itu kembali sebelum memperkenalkan undang-undang sensitif berkenaan.

Namun, penangguhan pelaksanaan hukuman itu mampu mengubah pendirian sultan berusia 67 tahun itu.

Cabaran Brunei Melaksanakan Hukum Hudud
Pihak berkuasa baru-baru ini menjalankan beberapa taklimat untuk agensi rasmi dan organisasi bukan kerajaan bagi menerangkan mengenai hukuman berkenaan.

Peguam dan aktivis hak asasi, Nizam Bashir berkata, pengenalan undang-undang hukum hudud itu bagaikan satu tembok bagi mengatasi globalisasi.

 “Jika anda cuba melompat tembok itu, akan timbulnya beberapa isu. “Setiap kali anda menerima jawapan, soalan lain akan bermula dan memberikan mereka idea yang tidak selari dengan konsep yang difahami,” katanya.

Sementara itu, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menyatakan “sangat bimbang” dan mendakwa, hukuman seperti merejam dengan batu diklasifikasi undang-undang antarabangsa sebagai hukuman “penderaan kejam dan tidak berperikemanusiaan.” Hampir 70 peratus daripada 400,000 rakyat Brunei adalah Melayu Muslim, manakala kira-kira 15 peratus lagi etnik Cina bukan Islam.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
You have my FULL support. I love you Brunei