Mak Mah Kahwin 17 Mei 2014 !!!!

Mak Mah Kahwin 17 Mei 2014 !!!!

Mak Mah Kahwin 17 Mei 2014 !!!!
SIAPA sangka niat mengerjakan umrah di Mekah pada bulan Mac lalu menjadi detik bahagia buat pelakon veteran, Ruminah Sidek, 68, apabila bertemu jodoh di Tanah Suci itu.
Doa yang dipanjatkan Ruminah atau lebih mesra disapa Mak Mah didengari Allah. Ruminah yang lelah dan sunyi hidup bersendirian, berdoa di hadapan Kaabah supaya hidupnya terisi seorang khalifah yang dapat menjaga dan membimbingnya.
Sama juga dengan bakal suami Ruminah, Al Fatah Rahim, 70, yang memohon doa kepada Allah agar bertemu jodoh sekali lagi selepas kematian isterinya.
Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang, Selangor.
Pasangan itu memilih 17 Mei depan untuk melangsungkan perkahwinan mereka.
Ruminah sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali termasuk dengan Allahyarham AR Tompel.
Hasil tiga perkahwinannya itu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuk pelakon Adlin Aman Ramlie. Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam orang cicit.
Mak Mah Kahwin 17 Mei 2014 !!!!Ikuti temu bual Kosmo! bersama Mak Mah mengenai perkenalannya dengan peneroka Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan itu.
Kosmo!: Tahniah Mak Mah. Boleh Mak Mah kongsikan detik perkena- lan dengan pak cik Al Fatah?
RUMINAH: Terima kasih. Sebelum ini, ketika mengerjakan umrah, saya tidak pernah terdetik untuk bertemu jodoh sekali lagi tetapi kali ini lain. Hati saya terasa cukup sunyi dan diri juga terasa penat hidup bersendirian. Saya berdoa di sana mengadu rasa hati kepada Allah. Pada masa yang sama, Al Fatah juga berdoa agar bertemu jodoh sekali lagi. Kami bertemu dan berkenalan seterusnya berkongsi cerita mengenai hajat yang dipohon. Selepas itu kami terus berbincang untuk mendirikan rumah tangga.
Siapakah yang memulakan perkenalan dahulu?
Mak Mah Kahwin 17 Mei 2014 !!!!Sebenarnya saya yang memulakan perkenalan dahulu (ketawa). Dia ada melihat saya dan tahu saya seorang pelakon tetapi dia tidak berani menegur saya. Kebetulan suatu hari ketika hendak makan, kerusi di sebelah saya kosong dan saya memanggilnya yang sedang mencari tempat duduk supaya duduk di sebelah saya. Dari situ kami mula berkenalan.
Adakah Mak Mah menyangka bertemu jodoh sekali lagi di usia 68 tahun?
Saya tidak sangka sebenarnya di usia tua ini bertemu dengan jodoh. Namun, inilah ketentuan Allah. Kami juga mengambil keputusan untuk berkahwin cepat kerana sedar usia masing-masing. Hendak tunggu sehingga 17 Mei itu juga tidak tahu sempat atau tidak. Kalau berlaku sesuatu daripada Allah, saya terima.

Catat Ulasan

6 Ulasan

Blog Santai berkata…
Alhamdulillah. tahniah Mak Mah..
Unknown berkata…
tak sanggup nak hidup sunyi time tua nanti..sobss..
Teacher Basariah berkata…
Alhamdulillah..jodoh di usia emas.. (^_^)
diari farisha berkata…
kelas mak mah! tahniah :)
Mummy MM berkata…
Tahniah dekat Mak Mah. Semoga bahagia sampai akhir hayat bersama suaminya.
Unknown berkata…
wah kalau jodoh memang tak lari kemana deh :D