PBB Kutuk Hukum Hudud

PBB Kutuk Hukum Hudud

PBB Kutuk Hukum Hudud
PEJABAT Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik keputusan Brunei yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara itu, lapor AFP.

Jurucakap OHCHR, Rupert Colvile berkata, pihaknya prihatin dengan keputusan Brunei dalam pelaksanaan hukum hudud yang memperuntukkan hukuman mati bagi beberapa kesalahan.

PBB Kutuk Hukum Hudud
Beliau memberitahu pemberita, kesalahan-kesalahan ini termasuk rogol, zina, liwat, hubungan seks luar nikah untuk orang Islam termasuk jenayah lain seperti rompakan dan pembunuhan.

Beliau turut menyentuh kesalahan lain seperti menghina Nabi Muhammad SAW, al-Quran dan hadis boleh dijatuhi hukuman mati.

“Pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan ini melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

 Tekannya, melalui undang-undang antarabangsa, hukuman rejam hingga mati diklasifikasikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan bermaksud ia diharamkan di bawah perjanjian hak asasi manusia.

Sejak 1957, Brunei tidak melaksanakan hukuman mati.

Oktober tahun lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Akta baru undang-undang syariah itu dikatakan telah dikaji selama bertahun-tahun.

Catat Ulasan

3 Ulasan

wah dah main kutuk2 pulak dah...
Blog Santai berkata…
Kalau non-muslim yang kutuk mungkin kerana mereka jahilkan..tapi kalau muslim yang kutuk dan tak sokong tu camne..memang beratkan..mengundang murka Allah..
Tanpa Nama berkata…
hukum hudud yangs ebaiknya untuk peslah..baru serik sikit gaknyer..