PIN Pengesahan Akaun Google Adsense Untuk Pembayaran

PIN Pengesahan Akaun Google Adsense Untuk Pembayaran

PIN Pengesahan Akaun Google Adsense Untuk Pembayaran
Hari Jumaat lalu aku tela terima pengesahan akaun aku untuk Google Adsense setelah threhold akaun Google Adsense telah mancapai target yang diminta.

Untuk pengesahan akaun pihak Google Adsense biasanya akan mengepos Google Adsense akaun PIN anda ke rumah anda. Dia orang tak main-main hantar pakai e-mail..hehehehhee.

1 bulan lebih juga aku tunggu surat dari Google Adsense ini dan akhirnya telah tiba. Dalam surat tersebut ia akan memberi PIN no untuk pengesahan akaun anda agar pembayaran boleh dilakukan dengan cepat.

Tujuannya ialah untuk memastikan anda adalah pemilik akaun ini. Dibawah ini adalah contoh surat dari Google dengan nombor PIN tersebut.

PIN Pengesahan Akaun Google Adsense Untuk Pembayaran

Setelah dapat no PIN itu anda taipkan no PIN tersebut dalam akaun Google Adsense anda seperti dibawah ini.
PIN Pengesahan Akaun Google Adsense Untuk Pembayaran

Setelah anda taip maka selesailah urusan anda dengan Google Adsense dan tugas anda hanyalah mencari pendapatan sebanyak yang mungkin!!!

Bagaimana nak tahu Google Adsense akan hantar surat pada anda. Jangan risau:
a) Pertama mereka akan hantar e-mail dan beritahu surat akan sampai kepada anda.
b) Di dashboard Google Adsense akan terpampang peringatan minta anda masukkan PIN no untuk akaun pembayaran anda.

Bayangkan kalau anda klik pembayaran melalui cek sudah tentu cek anda akan sampai dalam 1 bulan setengah!! Sekarang ini aku ubah pembayaran melalui bank wire transfer sahaja pakai Al-Rajhi. Proses dalam 3 - 4 hari sahaja.

Tetapi kalau anda tidak mempunyai akaun, boleh juga pakai Western Union, ia pun agak mudah.
Jika sesiapa berminat hendak dapatkan akaun Google Adsense ini, terdapat e-book percuma yang diberikan.

Catat Ulasan

0 Ulasan