Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Tak Logik!!!

Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Tak Logik!!!

Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Tak Logik!!!
Hari ini sudah masuk hari kedua Drama Slot Akasia Kerana Terpaksa Aku Relakan ditayangkan di kaca tv. Namun aku merasakan ketidak logikan drama ini...

Dalam episod 1 dan 2, Indah iaitu watak utama Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan telah ditinggalkan di kawasan rehat oleh kakak tirinya iaitu Wati yang merancang untuk sabotaj pernikahannya.

Indah telah ditinggalkan oleh Wati semasa Indah pergi sembahyang di surau berdekatan dan bertambah malang beg tangannya juga tertinggal di kereta ....

Setakat ini aku lihat memang logik drama ini dan seterusnya ia tidak menjadi logik...hehehehehe.

Indah terkapai-kapai di kawasan rehat tidak tahu hendak buat apa tanpa duit di tangannya. lalu beliau pun tidur di surau dan tidur lagi...hehehehhe.

Pada masa beliau tidur, beliau terdengar bunyi telefon bimbit dan mengangkatnya. Rupa-rupanya ada Datin yang tertinggal telefon yang sedang di chargingnya...

Indah angkat telefon tu dan pulangkan pada Datin tersebut dan sebagai balas budi Indah. Datin memberi duit kepada beliau.
Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Tak Logik!!!

Apa Yang Tak Logik:

a) Indah tahu dia nak kahwin besok ini, tapi tersangkut di kawasan rehat.  Katakan kereta anda rosak dan esok anda nak nikah ini, duit dan handphone pula tertinggal kat rumah. Apa nak buat?

Ini bukan masalah kecil ini. Kalau aku ialah aku akan pinjam duit atau handphone dari orang ramai dan telefon sesiapa yang aku kenal. Takkan kau tak hafal no telefon tunang kau, ayah kau atau ibu kau atau kawan kau..
Tapi aku lihat Indah rileks ajer...bantai tidur lagi....hehehehhe

b) Katakanlah Indah malu nak pinjam duit tapi kan dia dapat duit dari Datin tu. Apa salahnya kalau dia telefon keluarga dia dulu. Katakan hal ini berlaku pada anda, dalam kepala kau orang mesti risau apa yang berlaku kat kampung yang sedang buat majlis perkahwinan aku ini....

Kita mesti akan cari jalan untuk berkomuikasi dengan mak dan ayah kita punya!!!

c) Ketiga ialah tak logik Datin nak charging handphone kat surau dan lepas tu tinggalkan di surau. Aku tanya pada anda semua, berani ker kau buat macam tu.....heheheheh.

Lagi pun Datin kan orang kaya, takkan dalam kereta tak der charger handphone cucuk kat kereta sampai perlu charging kat surau.....hemmmm

d) Kalau Indah malu nak telefon dan malas nak telefon atau memang dia tak ingat langsung semua no telefon mak, ayah, tunang dan rakan dia,  kan ada polis di kawasan rehat atau PLUS di kawasan rehat.

Minta bantuan mereka dan hantar anda ke balai polis berdekatan dan minta bantuan mereka  telefon balai polis di kampung mereka dan sampaikan berita beliau di tinggalkan di kawasan rehat.

Terpaksa!!! Keranan esok kau nak kahwin ini!!!!

e) Keempat, drama ini memalukan budak universiti kerana Indah ialah lepasan universiti. Takkan budak yang berpelajaran tak boleh fikirkan penyelesaian kepada masalah ini. Dan jika benar tak hafal no telefon mak dan ayahnya aku pun tak tahu nak komen...hahahahaha.

Yang aku lihat si Indah ini macam blur ajer....hahahahaha.

Kesimpulan
Drama ini adalah zaman berteknologi tinggi dan semua orang mempunyai telefon. Komunikasi adalah mudah. Lainlah kalau drama ini berkisar pada zaman 50an mungkin ada logiknya....

Maaflah kerana aku lihat memang tak logik. Mungkin semasa membaca novel dan intepretasikan  ke drama ada bezanya...

Kerana kata bini aku semasa baca novel ini dia pun tak terfikir kelogikannya jalan cerita ini.  Bila ditayangkan sebagai drama nampak tak logik pula dan teramat blurnya Indah...hahahahaha.

Catat Ulasan

10 Ulasan

Aziela berkata…
Sebenarnya, masa baca novel lagi saya dah nampak tak logiknya. Dan saya memang tak selesa dengan sikap ambil mudah penulis. Hal2 kecil, dia kena ambil penting juga. Bukan sekadar nak cukupkan jalan cerita saja.
Aziela berkata…
Oh, satu lagi. Saya ada baca novel lain dari penulis ini. Nampak gayanya macam penulis memang menulis untuk hiburan saja. Dalam novel yang lain, lagi banyak yang tak logik berlaku.
PERMATABIRU berkata…
hehe..bru lyn satu episod drama melayu biasala la..tp i like it..:)
Cik Itah berkata…
salam. hahahha no komen! :D
bab hp tu agaknya..datin tu betul+ terlupa kut :D
sy pun pernah tinggal hp jugak..masa tu betul+ tak ingat langsung..tapi tertinggal dekat ofis la bukan di masjid hehehhe
Tuan admin,

Saya setuju sgt2..saya pun mmg fikir mcm tu...seolah2 cerita ni berlaku di zaman batu, dan indah ni punya la bengap...
Unknown berkata…
Salaam hanif..saya sokong sangat ulasan you ni. Untuk pengetahuan semua boleh kata hampir semua drama yg disiarkan dalam mana2 chanel mengandungi plot cerita yang hanya tangkap muat dan syok sendiri.

Jauh beza klu nak dibezakan dengan drama dari iran atau barat.

Harap penulis dan pengarah drama lebih berhati2 menilai jalan ceritanya sebelum dijadikan sebuah drama.
kimchaa berkata…
Hahaha .. Drama melayu dan novel melayu, memang lawak. Suka buat jalan cerita yang tak logik .
shahdiana berkata…
hahaha..komen tu adalah personel kan...
bagi akak cerita untuk release tension je...n for indah tu dia kan memang kelam gila dalam ceta tu...
Tanpa Nama berkata…
most cerita drama byk je tak logic...drama drama lain pun sama heheheh..layannn
Gue berkata…
Drama melayu memang banyak tak logik punye, kadang2 macam membodoh2kan penonton je. Lagi satu, kat dlm drama melayu kalau org kampung atau anak yatim, mesti tak pandai makan pakai sudu dengan garfu. Abih tu diorang ingat org kampung dengan anak yatim makan mi goreng pakai tangan ke? Apa ke bodoh punye drama melayu ni.