Wardina Kutuk Kerajaan Abai Golongan OKU

Wardina Kutuk Kerajaan Abai Golongan OKU

Wardina ini kadang-kadang aku pun tak faham sangat. Tempoh hari ia kutuk Ustaz Don dan kini ia melangkau lebih advance lagi kutuk Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat...hehehehehehe.

Itu haknya tapi kadang kala cara kita menyampaikan nasihat itu mesti ada ketokohan. Jangan cara sembreno hingga menyakitkan hati orang lain.. Jadikan pengalaman lalu sebagai kayu pengukur mengubah diri menjadi lebih baik.

Tidak bererti kita ini bijak dalam agama, maka kita manusia sempurna dengan membolehkan kita memberi hujah tanpa fakta.

Untuk mencerahkan pemahaman, kerajaan ada memberi bantuan untuk anak-anak OKU ini dan juga ibu tunggal . Mungkin jumlah yang diberi tidak mampu untuk memberi kehidupan yang terbaik.

Terdapat pelbagaian keistimewaan untuk golongan OKU yang diberikan kepada rakyat Malaysia. Ambil dulu fakta atau data  dan kemudian baru buat hujahan yerrr...

Sebagai selebriti atau pakar agama, adalah lebih baik kita berhujah penambaikan sistem penjagaan anak-anak OKU ini di Malaysia bukannya seperti penyataan di bawah ini.




Wardina Kutuk Kerajaan Abai Golongan OKU
Kenyataan Wardina
Namun Wardina Safiyyah tidak mengambil masa yang lama untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan dan polisi negara terhadap golongan OKU hari ini.
“Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,” Wardina memulakan tulisan di Instagram.
“Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”
“Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”
“Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah,” tambahnya lagi.
Wardina Kutuk Kerajaan Abai Golongan OKU
Kenyataan Datuk Rohani
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat membidas kenyataan selebriti, Wardina Saffiya di Facebook semalam yang mempertikaikan kerajaan Malaysia mengabaikan penjagaan kanak-kanak OKU tidak seperti kerajaan Australia.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kenyataan dikeluarkan Wardina tidak berasas sama sekali kerana pihaknya sangat mementingkan kebajikan kanak-kanak, OKU, warga emas dan orang miskin dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan.

"Untuk pengetahuan Wardina, penemuan adik Muhammad Firdaus yang cacat ditemui sendiri Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman yang juga mewakili kerajaan Malaysia. 

 "Dan lihatlah hari ini remaja ini dibela dan dibantu. Mana mungkin kita mengabaikan kebajikan remaja OKU," katanya ditemui pada sidang media di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, di sini, sebentar tadi.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Salmi berkata…
Apa yg kita ucap, apa yg kita tulis tanpa sedar menggambarkan siapa kita sebenarnya..
mohdhanizali berkata…
Ada baiknya juga apa cik wardina nyatakan ..bukan nak tunggu masuk berita atau surat khabar ...