Isu Boikot McD Timbul Lagi.

Isu Boikot McD Timbul Lagi.

Boikot israel
Hari ini kat What Apps timbul lagi isu pasal nak boikot McD atau Mac Donald. Isu ini timbul lagi apabila isu terkini Israel menyerang Gaza baru-baru ini.

Sebagai islam sudah tentu kita sedih melihat rakan muslim kita ini dipijak-pijak oleh kaum yahudi ni. Kaum Yahudi ini memang kejam apabila dilihat caranya tidak mempedulikan langsung kanak-kanak serta wanita dan orang tua sebagai sasaran utama mereka.

Di Malaysia kita hanya mampu berdoa agar penduduk Gaza ini dilindungi dari kekejaman kaum yahudi ini.

Tetapi bila aku baca beberapa artikel di what apps atau facebook mengatakan kebodohan  orang melayu islam yang masih membeli di McD atau Starbuck dicop sebagai penyokong Yahudi.

Inilah masalah penulis tersebut iaitu sudah tentu si Melayu lerr...kikiki. Membuat andaian dan persepsi sedemikian. Isu boikot McD ini pernah banyak kali dilakukan tetapi ia hanya berjaya setakat sebulan jer.

Dulu aku pun boikot tetapi bila difikirkan banyak sebab ketidak rasionalan tindakan ini. Pertamanya ialah pekerja McD ini semuanya bangsa Melayu. Apa kan jadi pada mereka jika kita boikot syarikat ini?.

Kedua, adakah tindakan ini mampu menjatuhkan McD. Berapa banyak syarikat yang menyokong Yahudi ini hendak kita boikot. Dan kita semua tahu yahudi menguasai  ekonomi dunia ini dan tindakan ini amat tidak rasional.

Lalu apa yang kita boleh buat. Apa yang mampu kita buat ialah doa dan membantu dari segi sedekah samada wang atau aset. Kerajaan islam pula harus bersatu menentang kekejaman yahudi ni.

Kita sebagai islam pun tak bersatu, sibuk nak boikot sana sini. Di Malaysia cukuplah bukti menunjukkan hanya politik. Melayu islam pun boleh bertumbuk..kikiki.

Aku ada baca satu lagi artikel berkata, setakat doa ajer tapi tiada tindakan terhadap yahudi Israel ini pun tak guna. Satu lagi pandangan sempit.

Bangsa Palestin adalah bangsa yang teraniaya dan kita di Malaysia pun tak mampu buat apa-apa. Kerana kita ni negara kecil dan lemah dari segi suara dan kuasa. Maka kita pulanglah kepada kuasa yang tertinggi iaitu KepadaNya dengan berdoa agar dipermudahkan penderitaan bangsa Palestin ini.

Apa yang aku nak kata ialah kami yang makan Mcd atau lepak Starbuck tahu penderitaan di Gaza. Kami juga berdoa saban hari agar mereka terselamat.

Saya tak kata tindakan dan suara anda semua salah. Tetapi cara penulisan anda mencopkan bangsa kamu sendiri tidak baik kerana tidak mempunyai fikiran yang sama dengan anda, seolah-olah anda yang terbaik dan orang yang tidak sehaluan perjuangan anda itu bodoh...

Tujuan anda baik kerana ingin mempertahankan nasib islam Gaza tetapi penulisan tersebut ada dua makna dengan mengutuk bangsa kamu sendiri.

Kita boleh membaca pandangan sesetengah pihak tetapi tapis dahulu. Jangan sebarkan tanpa soal selidik kita kongsi ke laman-laman sosial atau share di What Apps group hingga bahasa kasar ini menjadi viral pula...

Islam harus bersatu dan tentang Yahudi melalui suara kita...

Contoh Whats Apps..--- entah betul atau tak?
buat malu kaum je!!! FYI, sesiapa yang kenal chef dari UK nama Jamie Oliver, biasa kluar kat tv dgn food revolution nya, dia telah menang dalam mahkamah saman against McDonald tahun 2013. Jamie berjaya membuktikan yang mcDonald menggunakan peroxide dalam daging prosesnya dan dagingnya juga adalah dari quality yang paling rendah hanya layak utk binatang ternakan yg makan.

So, kita patut boikot McDonald bukan hanya kerana sokongan padunya kepada gerakan Zionist tetapi jugak kerana 'they relly serve you JUNK food. You can google more abt Jamie Oliver and McDonald. I copy from other group Sekadar berkongsi cerita benar dr kami, iktibar bersama. Minggu lepas, saya bertemu dg seorang mat saleh dari Australia yg bkerja dg kontraktor Petronas Kerteh.

 Oleh kerana saya mempunyai homestay bdekatan dg McDonalds Kerteh, maka saya tawarkan penginapan dirumah saya. Dia bersetuju. Namun, apabila saya memberitahu Mcdonalds sangat dekat dg rumah dan mudah utk dia mencari makan, dengan tegasnya dia katakan, ' Oh no, Mrs! I dont eat mcdonalds. Its very bad. I will cook than eat mcdonalds. Never!' Saya terkedu.

 Bagusnya Mat saleh, Mr Peter ni. Selang 2 weeks, Allah ketemukan saya dg penyewa dr Manchester, Mr Christopher. Seorg manager dari syarikat gergasi. Seorang yg sangat lawak, ramah dan menghormati muslim. Semasa ontheway ke rumahnya dari homestay saya, dia whatsapp saya mengatakan dia lapar. Tapi kedai banyak dah tutup. Dan dia kena masak. Terlintas utk menduga, saya tawarkan Mcdonalds, jika dia nk sy tolong 'drive thru'. 

Secara kebetulan memang saya nak ke rumahnya utk memeriksa keadaan luar rumah yg baru saja saya upah tukang utk mesin rumput, utk keselesaannya. Terkejut! Dengan pantas dia jawab, ' Wow! No way! I dont eat American foods lol!!' Terkedu lagi.. Mata saya terpandang deretan kereta berbaris utk drive thru. Kbetulan sy brada di lampu isyarat,menuju ke Paka. Semuanya dari melayu. Saya katakan pd suami, ' Abang, Mr Chris cakap, dia tak makan Mcdonalds. Sama macam Mr Peter haritu. Tapi cuba tengok yg beratur.

 Semua muslim,melayu kita. Malunya..' Kata suami, ' Ye Sarah. Susah nk insafkan muslim ni. Boikot mcd. Sedangkan mat saleh sendiri boikot, apatah lagi kita. Dia tahu amerika jahat,bunuh org islam. Tapi dia yg bntu selamatkn islam. Tapi kita. Kalaulah semua sedar pasal ni..' Saya tunduk. Betul kata suami. Mat saleh sendiri usaha xmakan mcd.

Rela masak dr makan mcd. Tapi org kita.. Allahu, terkedu hati Ampunkan hambaMu, ya Allah.. Nauzubillahi min zalik.. Wahai saudara semuslimku. Apa usaha kita utk islam. tepuk dada, tanya iman. Sebarkan jika anda rasa ia berguna. Sabtu, 8 mac 2014. Kerteh,Kemaman, Terengganu. Copy dr sahabat..kisah benar. Sapa2 kat kreta ada pelekat Mc D, cepat2 la loyong kat longkang. Buat malu kaum jer. Sekadar perkongsian bersme.copy

Catat Ulasan

3 Ulasan

Cik Nor berkata…
dah lama xmkn mcd..xder org nak blanja..hihik
kak gojes berkata…
ckp tak serupa bikin kan... kata aje boikot..tp tetap beratur g membeli..hihi..nasib la sy mmg x gemar mc d
Dunia HRD berkata…
tak usah diboikot, tapi jangan dibeli aja.