Joko Widodo Presiden Indonesia

Joko Widodo Presiden Indonesia

Joko Widodo Presiden Indonesia

Tahaniah buat Joko Widodo kerana memenangi kerusi Presiden Indonesia setelah berbulan-bulan berlaku persaingan yang hebat.
Bekas Gabenor Jakarta, Joko Widodo bakal menjadi Presiden negara itu yang baharu selepas keputusan akhir pengiraan undi semalam menunjukkan beliau berjaya memperoleh undian sebanyak 53 peratus.
Joko yang lebih dikenali sebagai Jokowi berjaya menewaskan lawannya iaitu bekas jeneral tentera Indonesia, Prabowo Subianto yang memperoleh 47 peratus undi.
Agensi berita Antara melaporkan, Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia sudah selesai membuat pengiraan dengan Jokowi memperoleh 70,997,833 undi manakala Prabowo Subianto memperoleh 62,576,444 undi.
Joko Widodo Presiden Indonesia
"Saya ingin mengisytiharkan bahawa parti yang menyokong Joko Widodo sebagai Presiden dan Jusuf Kalla sebagai Naib Presiden telah menang," kata pengerusi Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputri pada satu sidang akhbar.
Jokowi akan menggantikan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada Oktober ini dan akan berkhidmat selama lima tahun.
Kejayaan Jokowi itu melonjak perjalanan hidup pemimpin tersebut yang lahir daripada keluarga pembuat perabot di sebuah kawasan setinggan.
Kemenangan Jokowi juga disambut baik oleh para pelabur yang berharap beliau mampu memberi nafas baharu terhadap ekonomi terbesar di Asia Tenggara tersebut yang kini dihimpit kemerosotan sejak beberapa tahun lalu.
Joko Widodo Presiden Indonesia
Walaupun keputusan rasmi belum dikeluarkan tetapi keputusan awal itu sudah cukup untuk menggembirakan parti perikatan yang menyokong Jokowi.
Pada pilihan raya yang bermula pada 9 Julai lalu itu, para pengundi berdepan pilihan sukar sama ada mahu memilih Jokowi yang dianggap sebagai ahli politik generasi baharu manakala Prabowo seorang tokoh veteran yang dihormati.
Beberapa jam sebelum kiraan pengundian berakhir, Prabowo membuat pengumuman menarik diri daripada proses pengiraan undi pilihan raya Presiden kerana mendakwa berlakunya penipuan secara besar-besaran.
Seorang pegawai parti Prabowo, Aryo Djojohadikusumo berkata, pemimpin itu tidak menarik diri sebagai calon presiden tetapi menarik diri daripada proses pengiraan rasmi yang terakhir.

Catat Ulasan

0 Ulasan