Kempen "kosong-kosong" Mengarut

Kempen "kosong-kosong" Mengarut

Kempen kosong-kosong adalah satu kempen yang dijalankan oleh sebuah syarikat penerbitan TV dimana percakapan “minta maaf” di ubah menjadi “kosong-kosong” dalam bulan puasa ni.

Dan bagi aku secara amnya, tidaklah menolak kempen sebegini kerana motif yang dapat aku lihat ialah kempen”kosong-kosong” ini adalah untuk mewujudkan masyarakat pemaaf dan sekaligus kemaafan itu dipraktikkan dengan cara yang lebih ceria.

Tetapi apabila aku melihat iklan seorang anak meminta maaf dengan ayahnya dengan mengatakan “kosong-kosong” aku merasa mual. Adakah kempen “kosong-kosong” ini boleh diterima pakai oleh semua lapisan masyarakat.
Adakah meminta maaf kepada orang yang lebih tua, dalam kempen ini kita dibenarkan menggantikan  “minta maaf” sambil salam mengucup tangan diganti dengan  ayat “kosong-kosong”

Pelik aku melihat iklan sedemikian, kerana seolah-olah ia merendahkan martabat ayah dan ibu.

Aku rasa iklan sedemikian seharusnya dikaiji dengan betul sebelum meluluskan penerbitannya. Aku selalu berdoa janganlah Hari Raya ini nanti anak aku minta maaf dengan mengatakan ayat “ Abah, Selamat Hari Raya “kosong-kosong” yekkkk” sambil mengucup tanganku. Pehhhhhh!!!!!

Aku bukanlah seorang ayah yang ortodok dan tidak menerima perubahan tetapi perubahan kempen “kosong-kosong “ ini yang melibatkan ayah dan ibu haruslah dijauhkan.

Ku sentiasa menganggap anak-anak aku sebagai kawan, itu cara didikan zaman moden ini. Tetapi bukanlah dalam erti kawan, mereka boleh menggunakan ayat sedemikian.

Biarlah kempen “kosong-kosong “ berlaku dikalangan anak-anak remaja sahaja. Janganlah melibatkan ayah dan ibu dalam kempen ini.

Ayah dan ibu mempunyai martabatnya yang tersendiri di kaca mata anak-anak mereka. Dan martabat ini haruslah dipelihara dengan baik tanpa merosakkan nilai-nilai murni seorang ayah dan ibu.

Aku risau tak lama lagi, ayah dan ibu dipanggil oleh anak-anak kita ”hoi!!” atau “bro!!!”

Seperti yang berlaku di negara-negara barat, ayah dan ibu tidak dihormati. Mereka boleh panggil ayah mereka dengan kata nama sahaja. Itu semua atas nama dasar pemodenan pendidikan anak yang terkini..hehehehehe.

Dan Malaysia , merupakan sebuah negara yang amat menghormati ayah dan ibu mereka khususnya orang melayu semakin terhakis. Pemulaan kempen “kosong-kosong” secara meluas telah menjadi trending di peringkat remaja Malaysia.

Fikir-fikirkanlah… mungkin anda tidak setujuj tapi masing-masing mempunyai pendapat masing-masingkan.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Hazmin Hamudin berkata…
Setuju bro. Jelik betul dengan kempen yang macam ni. Mana dapat idea pun tak tahu la. Kan lagi sedap kalau guna ayat mintak maaf.
Tanpa Nama berkata…
Ye..tak suka tak suka :(