Video Kiki Marah Uncle Sim Langgar Keretanya

Video Kiki Marah Uncle Sim Langgar Keretanya

Video Kiki Marah Uncle Sim Langgar Keretanya
Trending terkini seorang wanita Melayu di bulan puasa ini tidak dapat menahan sabar dengan mengamuk tak tentu pasal hingga ciri-ciri kewanitaannya terbuang begitu sahaja di tepi jalan raya..

TV3 telah mengelurakan separuh video ini dan ketua polis Malaysia pun pelik melihat gelagat sedemikian. Atas tindakan yang melulu , Kiki kena akan dikenakan tindakan polis.

Video gelagat seorang perempuan yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur menjadi trending di media sosial hari ini.

Kejadian dikatakan dirakam di Kuantan bila kelihatan seorang perempuan mengamuk selepas keretanya dilanggar dari belakang.

Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya mengundang komen negatif pengguna media sosial. Antara amukan yang telah dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya termasuk

“Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng ke atas kereta milik pelanggarnya.

Kata caci yang turut dilontarkan termasuk “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

Video yang dirakamkan itu telah dimuat naik di media sosial semalam...

Catat Ulasan

1 Ulasan

Teacher Basariah berkata…
Sangat menyedihkan..darah muda..(T T) malu tengok video ni