Analisis Kemelut Politik Menteri Besar Selangor

Analisis Kemelut Politik Menteri Besar Selangor

Analisis Kemelut Politik Menteri Besar Selangor
Nampaknya Anwar Ibrahim telah menjalankan misinya apabila baru-baru ini PKR telah sebulat suara menyuruh Abdul Khalid  iaitu Menteri Besar Selangor letak jawatan.

Aku pernah mengeluarkan artikel semasa pertandingan Adun Kajang iaitu Tujuan Anwar bertanding di Kajang merealisasikan salah satu satu analisis aku iaitu hendak menjadi Menteri Besar Selangor.

Namun terdapat kepincangan dalam rancangan Anwar Ibrahim ini iaitu beliau tidak bertanding dalam ADUN Kajang ini tetapi isterinya Wan Azizah.

Analisis Kemelut Politik Menteri Besar Selangor
Adakah isterinya akan menjadi Menteri Besar wanita pertama di Malaysia? Atau Anwar akan menggunkan orang kuatnya yang tengah kepanasan di Selangor iaitu Azmin?

Yang pasti ialah Khalid pasti di pecat sebagai Menteri Besar Selangor. Itulah pandangan aku. Kalau Khalid tidak dipecat maka terbantutlah rancangannya itu.

Dan aku rasa isterinya akan dicanang sebagai Menteri Besar Selangor kerana semua pihak tahu, walau pun Wan Azizah sebagai Presiden PKR tetapi beliau hanyalah bayangan atau boneka Anwar Ibrahim sahaja.

Anwar Ibrahim terlalu lama tidak memegang jawatan penting dalam kerajaan dan jika Wan Azizah berjaya memperkayakan dan memakmurkan Selangor seperti mana rakan baiknya Lee Guan Eng berjaya menaikkan Pulau Pinang. Maka rakyat akan melihat krebiliti Anwar Ibrahim walau pun isterinya yang menjadi Menteri Besar.

Lagi pun dalam PKR tiada pemimpin yang menonjol kecuali Abdul Khalid dan tindakan Khalid baru-baru ini yang suka mengganggu orang kuat Anwar seperti Azmin mungkin memakan dirinya. Tindakan Khalid seolah-olah telah mewujudkan puak dalam PKR dan ini merunsingkan Anwar.

Tindakan terbaik ialah sebelum krisis dalam PKR menjadi wabak adalah lebih baik kasi pancung Menteri Besar yang ada sekarang ini....hehehehehe.

Analisis Kemelut Politik Menteri Besar Selangor
Selain itu hubungan Khalid dengan pihak istana Selangor juga tidak baik apabila Khalid mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa Eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dimana Sharafuddin Idris Shah sebagai ketuanya...

Dalam pemilihan Menteri Besar Selangor haruslah mendapat persetujuan Sultan dan inilah langkah terbaik memecat Khalid sementara hubungan beliau dengan pihak istana masih lagi kabur.

Memang hebat permainan Anwar Ibrahim ini, beliau adalah survival politik yang tulen. Semua orang tahu Anwar yang mahu Khalid letak jawatan tetapi dalam berita namanya langsung tak tertera...hehehehe. Bijak tak Anwar ini...

YANG PASTI Khalid mesti kena letak jawatan supaya rancangan Anwar berjaya untuk PR14 nanti!!
Apa kena mengena PR14 dengan Selangor dan Anwar Ibrahim?

Tunggulah sampai Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor dulu.


Update:
Nampaknya analisa aku salah kerana beberapa faktor yang diluar jangkaan.


Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Yang buat onar dan x baik dengan Sultan Sgor ialah Khalid Samad....PAS
Bukan TSKI.....apa punya analisis ni...mcm karangan budak PMR.....x de kredibiliti....