Facebook Tak Perlu Di Boikot

Facebook Tak Perlu Di Boikot

Facebook Tak Perlu Di Boikot
Sekarang ini istilah memboikot bermain di mulut orang ramai. McDonald telah kena tempiasnya dan selepas ini HSBC pula.

Dan terbaru pula ialah memboikot Facebook yang dianggap penyokong Israel.  Tetapi aku memang tidak suka hal-hal boikot ini sebab banyak cara lain yang boleh kita gunakan.

Pada ku melalui Facebook ler, kita berjaya memboikot McDonald secara efektif. Maklumat di berikan dengan cepat dan cekap. Dan ramai yang membuat pages Facebook membantah serangan Israel ke Gaza serta mendapatkan sokongan yang berterusan.

Oleh itu aku rasa Facebook adalah media yang relevan dan perlu diboikot.

Dan aku tertarik dengan artikel dibawah ini yang sinonim dengan pendapat aku.
Jom baca artikel dari Dr. Hafidzi Mohd Noor.
Facebook Tak Perlu Di Boikot


"Baiklah kalau pun ada bukti FB sokong Israel (bukan sbb ownernya yahudi ya).maka perumpamaannya begini.
Kita berperang dengan tentera Israel di medan. Tiba-tiba senjata Israel yang canggih jatuh ke tangan kita. Apa pilihan kita? Musnahkan senjata itu? atau tinggal jangan kutip sebab itu senjata musuh.
Kalau saya, saya ambil dan saya talakan ke pihak musuh. Let them have a taste of their own medicine. Atau dalam bahasa 'senjata makan tuan'
Melalui FB inilah Hamas memaparkan kejayaan-kejayaan mereka membedil dan membidik tepat kepada askar israel. FB menjadi senjata yang dimanfaatkan oleh kedua dua pihak. Tapi nampaknya senjata yang dicipta oleh Israel (jika lah FB ini menyokong Israel) nampaknya lebih banyak merugikan Israel dari segi membentuk kefahaman masyarakat dan warga dunia sehingga sokongan kepada Palestin meningkat mendadak.
Saya mohon tidak di polemikkan. Anda bebas membentuk pandangan sendiri. Lagipun ajakan untuk menyokong boikot adalah sukarela.
Nota boikot seterusnya lagi (no 4 gamaknya).
Kenapa tak boikot semua barang yahudi. Ini dah salah. Kita tak boikot yahudi, kita boikot israel.
Kemudian katakanlah semua produk yahudi ni sokong Israel. Dari Boeingnya sampai microsoft (saya pun tak pasti apakah syarikat syarikat milik orang yahudi atau ada saham orang yahudi).
Yang nombor wahid - boikot ini bukan membuta tuli. Boikot ini tujuannya menyusahkan musuh dan bukan untuk menyusahkan kita pengguna. Kita suruh boikot makanan segera yang tertentu sebab dia bukan barangan kritikal dan ada alternatif lain. Tapi kalau microsoft di suruh boikot, boeing disuruh boikot ini namanya sinis. Kalau tidak mahu sokong boikot jangan sinis atas usaha boikot. Boikot yang dianjurkan ialah supaya you 'hit the enemy where it matters.'. You dont hit the enemies where it will hurt you more.'
Sekian.
Dr. Hafidzi Mohd Noor
Aqsa Syarif

Catat Ulasan

1 Ulasan