HSBC Mula Di Boikot Selepas Mc Donald

HSBC Mula Di Boikot Selepas Mc Donald

HSBC Mula Di Boikot Selepas Mc Donald


Terkini boikot peringkat elit apabila Datuk Ismail Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia telah menutup akaun HSBCnya atas dasar menentang sokongan HSBC terhadap Israel.

Walau pun aku tidak setuju dengan aktiviti boikot ini namun ini hak masing-masing tapi tindakan boikot oleh seorang menteri aku rasa agak merbahaya. Ini akan menyebabkan hubungan boikot ini menjadi isu nasional pula.

Dari segi kebaikannya ia akan memberi impak kuat boikot kepada HSBC keseluruhannya. 
Walau apa pun sebab sebenar HSBC menutup akaun milik tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di United Kingdom (UK), tindakan itu nyata mencetuskan kemarahan dan seruan boikot daripada masyarakat Islam seluruh dunia terhadap bank berpusat di London itu.
Sensitiviti yang tinggi pada masa ini, dengan perang di Gaza semakin meruncing, membuatkan umat Islam berada dalam keadaan solidariti teguh antara satu sama lain.
Rata-rata umat Islam dilihat sukar membuang prasangka terhadap HSBC terutama apabila tiga NGO itu, termasuk sebuah masjid di Finsbury Park, tidak mendapat penjelasan memuaskan daripada HSBC berhubung penutupan akaun mereka.
Malah, Suruhanjaya Kebajikan UK juga mengesahkan ia tidak menyiasat mana-mana antara tiga NGO itu dan menegaskan jika pertubuhan tersebut tidak mempunyai akaun bank, ia boleh menjejaskan kepercayaan orang awam terhadap kerja-kerja kebajikan mereka.
Sebuah daripada NGO itu, Ummah Welfare Trust menyeru orang Islam memboikot HSBC jika bank itu tidak menarik semua keputusannya atau memberi penjelasan.
“Kali pertama kami diberikan notis (penutupan akaun pada 2008 oleh sebuah lagi bank di UK, Barclays) ialah semasa perang pertama Gaza. Pastinya ini bukan setakat kebetulan.
Untuk memberikan notis (penutupan akaun) kepada badan kebajikan yang membantu individu (di Gaza), untuk memilih masa ini, amat sukar untuk dipercayai (bahawa ia hanya kebetulan),” menurut pemegang amanah UWT, Muhammad Ahmad.
HSBC kelmarin telah pun mengeluarkan kenyataan menafikan penutupan akaun tersebut mempunyai kaitan dengan faktor agama atau bangsa, namun penjelasan itu dilihat tidak dapat menghentikan kemarahan ramai orang Islam yang rata-rata membuat keputusan untuk berhenti menggunakan bank itu, seperti dibuktikan melalui perbincangan maya di laman sosial Twitter dan Facebook.
Di Malaysia, ramai pelanggan HSBC mula meninggalkan bank itu, dengan pelbagai cerita dan gambar dikongsi di laman media sosial.
“(Sudah) siap tutup terus (jam) 3 petang tadi. Kerani kaunter (HSBC) pun hairan kenapa hari ini (kelmarin) ramai datang tutup akaun,” seorang pengguna berkongsi cerita di akaun Facebook milik Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
Zaharuddin sebelum ini menggalakkan seluruh umat Islam dan penyokong kemanusiaan menutup akaun bank HSBC mereka, termasuk cabang bank Islam HSBC di Malaysia, iaitu HSBC Amanah selepas berita penutupan akaun NGO Islam itu dilaporkan.
Felo Institut Adam Smith di London, Tim Worstall dalam artikelnya disiarkan majalah Forbes kelmarin berkata, perbuatan HSBC itu kemungkinan akibat tekanan secara sulit yang telah atau akan dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), seperti yang berlaku terhadap badan kebajikan Interpal di UK sebelum ini.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
HSBC biasa pelajar malaysia yang belajar kat luar negara macamana ya..mereka biasanya gunakan perkhidmatan HSBC...