Sajak Hai Melayu Sempena Merdeka

Sajak Hai Melayu Sempena Merdeka

Sajak Hai Melayu Sempena Merdeka

Sajak A. Samad Said ni
Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata, lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....
SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57-SAJAK KEMERDEKAAN.

Catat Ulasan

6 Ulasan

Abam Kie berkata…
betul tu..ambo setuju. biar pun pedih realiti itu tapi kita harus menelannya.
Tanpa Nama berkata…
kena terima...begitulah hakikatnya...
Tanpa Nama berkata…
bagaimana kah untuk menyedarkan orang Melayu, remaja Melayu, kanak-kanak melayu dan orang dewasa melayu bahawa keadaan semakin kritikal sekarang, sebelum kita semua tenggelam kita perlu berubah sikap berhenti daripada bersenang-senang dan bermewah-mewah tanpa tujuan
sham berkata…
Banyak ckp2 negatif..kata2 x sedap ddengar dari dulu smpai skang ni terhadap org mlayu..org kata tu lah mlayu bangsa yg ckup kntal dgn ape jus cabaran dan dugaan Dari sume segi ..emosi rohani dan segalanyelah smpai kn bole orng bikin sajak karya satrawan negare lagi Kate Kat org mlayu..tapi..pada aku..aku mlayu..umah aku bukan indon yg bust..
sham berkata…
Banyak ckp2 negatif..kata2 x sedap ddengar dari dulu smpai skang ni terhadap org mlayu..org kata tu lah mlayu bangsa yg ckup kntal dgn ape jus cabaran dan dugaan Dari sume segi ..emosi rohani dan segalanyelah smpai kn bole orng bikin sajak karya satrawan negare lagi Kate Kat org mlayu..tapi..pada aku..aku mlayu..umah aku bukan indon yg buat..
HIzamri Johari berkata…
A.Samad Said nafi pemilik puisi ‘Hai Melayu’ -

YouTube -

https://m.youtube.com/watch?v=EPD5MuvKQiw


Islam Asal Asing Assobiyah


Dari Abdullah bin Mas’ud :
Rasulullah SAW bersabda :

Islam itu berawal dengan asing...
dan AKAN kembali menjadi asing...
SEBAGAIMANA awal kedatangannya...

Oleh karena itu..

BERUNTUNGLAH orang-orang yang asing...

Rasulullah SAW Ditanya:

Siapakah orang-orang yang terasing itu?

Rasulullah SAW menjawab :

An Nazaih (orang-orang yang jauh) dari mengagung-agungkan kesukuan.

HR Ibnu Majah



http://alfitan.tumblr.com/