Selfei Kini Masuki Era Melampau.

Selfei Kini Masuki Era Melampau.

Selfei Kini  Masuki Era Melampau.

Selfei dalam dekad ini telah menjadi satu kegilaan bukan sahaja buat anak remaja tetapi keseluruhan warga dunia.

Selfei bermaskud:
selfie is a self-portrait photograph, typically taken with a hand-held digital camera or camera phone. Selfies are often shared onsocial networking services such as FacebookInstagramSnapchat, and Tumblr. They are often casual, and are typically taken either with a camera held at arm's length or in a mirror.

Tapi kini aktiviti Selfei telah disediakan gadget iaitu monopod untuk penggila Selfei. Oleh peminat Selfei boleh mengambial wajah mereka dengan latar belakang yang lagi baik!!

Namun untuk aku, ini adalah sebahagian daripada perkembangan teknologi tetapi malangnya sejak kebelakangan ini aktiviti Selfie telah memasuki era yang melampau.


Selfei Kini  Masuki Era Melampau.
Terbaru di Malaysia ialah sewaktu hari raya yang lalu, dimana beberapa manusia yang melawat ke kubur telah berselfei di kubur!! Dan malangnya semasa berselfei mereka dengan sengaja memijak kubur orang lain.

Selain itu berselfei mengambil tubuh badan sendiri semakin berleluasa dan malangnya ada kes aksi selfei yang melampau telah terbobos keluar  di laman sosial hingga memalukan diri sendiri.

Dan perkara ini telah pun berlaku di negara kita terutama untuk anak-anak gadis yang baru belajar berselfei hingga terlupa diri bahawa perbuatan mereka ini salah dari segi agama mahu pun moral.

Selain itu beberapa perkara yang tragis telah berlaku melibatkan kehilangan nyawa akibat terlalu berselfei. Seperti terjatuh dari bangunan atau tertembak diri sendiri atau tertusk diri sendiri apabila melakukan selfei yang ekstrem.

Inilah adalah contoh berita aktiviti Selfei hingga membawa maut


Sepasang suami isteri warga Poland mati selepas leka mengambil selfie menyebabkan mereka terjatuh dari tebing tinggi ke dalam laut, semalam. Lebih tragik, kejadian itu berlaku di depan anak mereka.

Menurut media, sebelum kejadian pasangan malang itu sibuk merakam gambar sendiri dari pelbagai sudut. Butiran lanjut mengenai insiden itu belum dapat disahkan, malah bercanggah antara satu sama lain.

Ada saksi berkata, pasangan terbabit meminta anak mereka berusia lima dan enam tahun mengambil gambar berkenaan. Kanak-kanak terbabit kini diserah kepada diplomat Poland untuk diuruskan.

Sumber berkata pasangan suami isteri itu memang berasal dari Poland, namun menetap di Portugal sejak beberapa tahun lalu. “Difahamkan, pasangan terbabit mungkin melanggar amaran menghalang pengunjung berada berhampiran tebing,” katanya.

Perlukah kita mengharamkan selfei? Atau perlukah pendidikan berselfei dengan cara yang betul dan bermoral?

Selfei Kini  Masuki Era Melampau.

Catat Ulasan

5 Ulasan

kena selfie berhemah kalau nak selfie...
Cik Nor berkata…
nasibla cik nor tak minat selfie..:)
Nadia Johari berkata…
Khushuk sangat berselfie sampai tak perasan dah kat hujung dunia kot
Izwa Kamaruddin berkata…
jgn la sampai merbahayakan diri kan..
Hazmin Hamudin berkata…
Selfie pun selfie jugak.. Adab kena jaga jugak.