Tema Kemerdekaan Malaysia 2014

Tema Kemerdekaan Malaysia 2014

Tema Kemerdekaan Malaysia 2014
Salam Satu Blogger. Tidak lama lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57 dengan tema "Malaysia Di sini Lahirnya Sebuah Cinta"

Tema yang menarik dan moden. Dan mempunyai makna yang pelbagai dan cinta mempunyai makna yang luas. Bukan sahaja cinta kepada kekasih kau tetapi juga cinta kepada negara.

Dan tema ini amat bersesuaian kerana sudah tiba masanya kita mendahulukan cinta kepada negara daripada cinta kepada politik dan kuasa atau yang lagi teruk cinta membabi buta kepada pemimpin yang tak betul.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) berkata tema itu dipetik daripada lirik lagu "Warisan" dipopularkan Allahyarham Sudirman Arshad. 

 "Saya percaya tema itu akan memberikan kesan mendalam dan lahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat," katanya dalam sidang media.

Dan sebagai rakyat Malaysia marilah kita menyambut kemerdekaan negar kita dengan semangat baru. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

Shaiful Zaidi berkata…
Tema ini memang baik, tapi saya harap remaja-remaja tak salah guna tema ini waktu malam ambang merdeka nanti.
Tema yang sesuai untuk tahun ini. Harap saya Malaysia bertambah makmur dan berkat.