Gempar: Punca Bocor UPSR 2014 Diketahui

Gempar: Punca Bocor UPSR 2014 Diketahui

Punca Bocor UPSR 2014 Diketahui


Dapat maklumat terbaru, punca paper UPSR 2014 bocor. Kertas yang terlibat bukan sahaja Sains dan Bahasa Inggeris tetapi kertas matematik juga di percayai telah bocor!!

Jika benar maklumat di bawah ini maka "masak" ler cikgu ini kena bambu dan maki hamun pelajar dan ibubapa seramai 472,000 orang. Memang suwey ler lepas ni....hahahahaha.

Ipoh, 10 September - Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menyebarkan soalan UPSR bagi subjek Bahasa Melayu Penulisan, Matematik dan Sains di laman-laman sosial. 

Individu tersebut yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di negeri ini telah ditahan untuk siasatan lebih lanjut. 

Difahamkan juga, sekolah tersebut merupakan sekolah yang terletak di pedalaman negeri ini. 

Disebabkan kedudukannya yang jauh di pedalaman, kertas-kertas soalan UPSR telah sampai di pusat-pusat peperiksaan di kawasan tersebut sehari lebih awal daripada tempat-tempat lain. 

Punca Bocor UPSR 2014 Diketahui
Guru tersebut telah memanipulasikan keadaan ini dengan bertindak mengambil gambar soalan tersebut dan menyebarkan gambar-gambar itu melalui aplikasi whats app. 

Dalam kes berkaitan, peperiksaan UPSR bagi kertas Sains terpaksa ditangguhkan kepada tarikh 30 September 2014 disebabkan kebocoran soalan di laman-laman sosial yang tidak dapat dibendung lagi. 

Selain itu, pihak SPRM juga mengingatkan kepada orang ramai agar berhenti melakukan aktiviti penyebaran ini kerana ianya akan memberikan kesan buruk kepada mental murid-murid terlibat.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Hmm..kesian budak² tu..

Blog CHK dah tukar link baru. Jemput singgah :)

kathyrbain.blogspot.com