Hutang Isi Rumah Akan Bangkrapkan Malaysia

Hutang Isi Rumah Akan Bangkrapkan Malaysia

Fakta 1
Kes Muflis Di Malaysia Sebanyak 85.175 kes dari tahun 2007 hingga Mac 2012 
Sewa beli kenderaan - 21,796 kes 
Pinjaman peribadi - 12,547 kes 
Pinjaman perumahan - 12.098 kes 
Pinjaman Perniagaan - 9,865 kes 
(Sumber : Jabatan Insolvensi Malaysia)

Fakta 2
Hutang negara merangkumi hutang dalam negara serta hutang luar negara. Untuk rekod sehingga September 2013, hutang negara adalah RM529.2 billion atau 53.6% dari KDNK negara. Dari jumlah ini, RM512.3 billion adalah hutang dalam negara manakala RM16.9 billion adalah hutang luar negara. 

Fakta 3
Penggunaan kad kredit kekal tinggi dengan urus niaga meningkat 6.7 peratus kepada RM53.6 billion (Januari hingga Julai 2011: 11.8 peratus, RM50.3 billion). Jumlah baki tertunggak kad kredit adalah sebanyak RM32.9 billion (akhir tahun 2011: RM33.4 billion). 

Fakta 4
Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Idris Jala mula bimbang melihat statistik yang terbaru ini mengenai hutang isi rumah di Malaysia yang sudah pun mencecah 86.8% pada akhir 2013 berbanding pertengahan tahun 2013 (82%), 80.5% pada tahun 2012, 72.4% pada 2009.


Aku sebenarnya tak nak menulis artikel ini tapi risau melihat kadar hutang isi negara yang semakin meningkat dan kemampuan membangkrapkan negara jika tiada kawalan.



Contoh sudah ada dimana ekonomi  Amerika Syarikat musnah apabila bank-bank di negara itu tidak mampu beroperasi akibat rakyatnya tidak mampu membayar hutang terutama hutang kad kredit dan perumahan!!

Inilah yang akan berlaku pada negara ini.
Harga kereta Malaysia yang terlalu mahal sehingga terpaksa berhutang selama 9 tahun.
Harga rumah yang semakin melonjak tinggi hingga terpaksa hutang 30 tahun.
Penggunaan kredit kad yang tak terkawal. 


Ini belum ditambah jika kadar faedah rumah atau kereta melonjak naik disebabkan kadar untuk mengatasi masalah inflasi. Kenaikan kadar faedah secara langsung menyebabkan hutang menjadi besar tapi kadar pendapatan kekal.

Barangan utama seperti kereta dan rumah adalah perlu pada masa sekarang. Dengan gaji RM3000, katakan anda membeli rumah berharga RM300,000. Sebulan kiraan kasar anda kena bayar sebulan RM1400 selama 30 tahun.

Harga kereta yang mahal sehingga kita dipaksa berhutang selama 9 tahun lamanya. Jika harga kereta RM40,000, sebulan kita kena bayar RM350.

Total hutang wajib ialah RM1750 sebulan tidak termasuk pakaian serta keperluan lain. Lalu bagaimana kita mahu menabung?

Dan menambahkan beban harga barangan setiap tahun naik. Rumah 7 tahun lalu paling boleh dapat RM 80,000 tapi kini paling murah pun RM250,000- RM350,000.

Punca Malaysia akan bangkrap:
a) Harga barangan utama semakin meningkat hingga rakyat tidak mampu membeli dan membayar hutang hingga bank tak boleh beroperasi dan produk tidak dapat dijual.
b) Gaya hidup moden yang melampau hingga anak-anak muda kita menjadi muflis..
c) Perbelanjaan boros oleh kerajaan hingga hutang negara bertambah.

Apa yang perlu kita buat?
a) Kawal harga rumah yang semakin mahal diluar realistik hingga rakyat tidak mampu membelinya.
b) Pengawalan  kadar faedah agar rakyat boleh membayar hutang dan meminjam dengan berhemah.
c) Rendahkan harga kereta terutama kereta nasional yang memang tinggi harganya.

Itu sahaja yang dapat katakan. Tumpuan aku sebenarnya kepada harga barangan utama seperti rumah yang terlalu mahal dan aku yakin jik atidak dikawal suatu hari nanti rakyat Malaysia hanya mampu berhutang tapi tidak mampu membayar hutang..

Sumber-sumber lain:
Malaysia Tidak Akan Bangkrap
Hutang Isi Rumah Malaysia Tertinggi Di Asia

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum. Selamat pg. Singgah melawat sambil baca entry ni.

myhusband ada hutang bank rm32,000 tapi Alhamdulillah, mertua sy membayar separuh loan myhuabnd ,dan sy tak sempat buat loan dulu masa blaja. Inilah yg plg takutkan,, bangkrup. Terfikir juga nak belajar balik tp biarlah hutan suami selesai dulu, kira2 ambil masa 4-5 tahun lagi. Nak belajar bila2 pun boleh.sy pula housewife kan, jadi takut niat sy tu akan menambah beban suami.

Apa pun tq share info berguna ni :)