UPSR 2014 Bahasa Inggeris Pula Bocor

UPSR 2014 Bahasa Inggeris Pula Bocor

UPSR 2014 Bahasa Inggeris Pula Bocor
UPSR Bahasa Inggeris pula bocor. Semalam Sains bocor. Macam mana boleh bocor aku pun tak tahu ler....

Kalau atap bocor, Stadium bocor memang normal ler tapi soalan peperiksaan negara bocor. Kasihan budak-budak UPSR 2014 tahun ini!!!

Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan murid Tahun 6 terpaksa menduduki semula kertas peperiksaan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana terdapat kebocoran soalan.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kebocoran soalan tersebut dikenal pasti pagi ini.
Ini merupakan kertas kedua UPSR bocor selepas kementerian mengatakan semalam, kertas Sains yang dijadualkan pagi ini ditangguhkan ke 30 September kerana soalannya didapati tersebar di laman media.
UPSR 2014 Bahasa Inggeris Pula Bocor
Murid-murid menduduki kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 hari ini. Kertas 1 bermula 10.30 pagi hingga 11.20 pagi sementara kertas 2 dari jam 12.20 tengahari hingga 1.35 petang.
Idris berkata tarikh ujian semula kertas peperiksaan dengan kod 014/1 dan 014/2 itu akan akan ikuti tarikh sama seperti kertas Sains pada 30 September ini.
"Semalam, Lembaga Peperiksaan membuat keputusan menangguhkan kertas Sains ke tarikh 30 September," Idris memberitahu satu sidang media di Putrajaya hari ini.
"Hari ini, kami dapati soalan kertas 1 dan 2 Bahasa Inggeris juga bocor. Oleh itu, lembaga akan mengadakan perbincangan menentukan tarikh ujian semula kertas itu."
Berkenaan khabar angin mengatakan kertas Matematik UPSR juga bocor, Idris berkata perkara itu akan disiasat.
Katanya, kebocoran itu sesuatu yang serius dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
"Ia tidak sepatutnya terjadi. Kami akan jalankan siasatan terperinci dalam hal ini dan ambil tindakan sekeras mungkin terhadap mereka yang bertanggungjawab membocorkan soalan," tambahnya.
Mengenai tarikh kertas Sains ditangguhkan, yang menurut setengah pihak terlalu lewat, menteri itu berkata ia bagi membolehkan persiapan sewajarnya dibuat.
UPSR 2014 Bahasa Inggeris Pula Bocor
"Set soalan (back-up) memang ada. Tapi, kita kena cetak dulu dan ada beberapa hal logistik lain yang kita perlu fikirkan," katanya.
Tahun ini, seramai 473,175 murid Tahun 6 menduduki UPSR di 8,299 pusat peperiksaan, melibatkan 51,438 pengawas peperiksaan.
"Juga terdapat 382 peti besi di mana kertas ujian disimpan. Sebab itulah kita tidak dapat menjalankan ujian kertas Sains itu lebih awal lagi," katanya.
Beliau juga mengumumkan satu jawatankuasa bebas “berprofil tinggi” akan ditubuhkan bagi melihat masalah kebocoran soalan peperiksaan yang sering berulang dan menasihatkan kementerian tindakan yang perlu diambil.
"Disebabkan kes ini serius, kami akan tubuhkan jawatankuasa ini. Ia akan menasihatkan kita apa yang perlu dilakukan bagi memastikan ia tidak berulang.
"Memandangkan teknologi sekarang sangat terkehadapan, kita perlu satu mekanisme menangani cabaran ini," kata Idris.

Catat Ulasan

0 Ulasan