BR1M 4.0 2015 Membantu Rakyat?

BR1M 4.0 2015 Membantu Rakyat?

BR1M 4.0 2015 Membantu Rakyat?

Bajet 2015 yang dibentangkan baru-baru ini  aku lihat tiada apa-apa yang menarik untuk diperbualkan. Sebelum Bajet 2015, kerajaan telah menaikkan harga rokok sebanyak RM1 dan minyak RM0.20.

Inilah bajet 2015 mesra rakyat...hehehehehe.

Yang mengembirakan ialah kenaikan pembayaran BR1M 2015 kali ini telah ditingkatkan kepada RM6 Billion berbanding RM4.6 Billion tahun lepas. 

Dari mana kerajaan mendapat pertambahan peruntukan ialah melalui penarikan subsidi minyak yang menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM1.1 Billion.

Pembayaran BR1M 4.0 2015 akan dibayar melalui 2 cara satu adalah melalui pembayaran terus ke akaun bank anda, dan satu lagi melalui baucer (baucar tunai) bergantung samada anda memasukkan nombor akaun bank anda ataupun tidak.


Ini bermakna bagi kemaskini dan permohonan BR1M 2015 kelak, seramai 8 juta rakyat Malaysia akan menerima BR1M 4.0 2015.


  • Pembayaran RM950 (ansuran 3 kali) kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah
  • Pembayaran RM750 (ansuran 3 kali) kepada isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 ke RM4,000
  • Pembayaran RM350 untuk bujang yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah
Pemberian BR1M 2105 ini ditingkatkan kerana kerajaan mahukan golongan yang benar-benar memerlukan sahaja memperolehi manfaat bantuan kerajaan.

Dengan subsidi minyak, kononnya semua golongan samada kaya atau miskin memperolehi nikmatnya, maka ia tidak adil dalam memperbaiki jurang ekonomi antara miskin dan kaya. 

Tetapi kita tak sedar, peningkatan harga minyak bermakna harga barangan akan naik. Maka makin miskinlah rakyat Malaysia yang memang miskin..hehehehe. 
Atau bahasa ekonominya ialah tabungan rakyat Malaysia akan semakin mengecil disebabkan peningkatan harga barangan. Atau memang sekarang ini rakyat Malaysia mampu menabung lagi ker?

Inilah akibat jika kita mempunyai menteri-menteri atau pemimpin yang sejak kecil dibesarkan atas dulang emas dan tidak pernah mengenali situasi sebenar kesusahan rakyat.

Niat pemimpin kita murni tetapi kami dah penat ler tiap-tiap tahun nak menjawab harga barangan naik.  Apa pandangan anda?

Akhir kata terima kasih untuk BR1M 2015 tahun ini, peningkatan yang baik untuk rakyat Malaysia. 

Catat Ulasan

0 Ulasan