PANTUN SELOKA MINYAK NAIK 20 SEN SAJA

PANTUN SELOKA MINYAK NAIK 20 SEN SAJA

PANTUN SELOKA MINYAK NAIK 20 SEN SAJA
Terkejut semalam dengar harga minyak naik RM0.20. Banyak juga naik kali ini patah lagi nak dekat Hari Raya Haji dan juga Deepavali.

Tapi apa nak buat...dengan kejatuhan harga minyak dunia sekarang...hehehehehe. Memang wajar naikkan harga di Malaysia ini.

Standard rakyat Malaysia ialah isu ini akan kecoh dalam 2 atau 3 hari sahaja dan lama-kelamaan nanti biasalah tuuu.

Jom dengar seloka pantun Minyak naik RM0.20

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi rakyat hidup menderita,
Nak jimatkan duit di mana,
Kalau barang semuanya naik belaka.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kerajaan jangan lupa,
Elaun menteri kena potong juga,
Barulah adil sama-sama.

Minyak naik 20 sen saja,
Tetap kena bayar juga,
Walaupun belanjawan belum tiba,
Tak semena-mena naik tak diduga. 

Minyak naik 20 sen saja,
Kata menteri tahun ini tak naik la..
Ini dikira tipu rakyat jelata,
Rakyat didahulukan kena slogannya.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kehidupan kena terus juga,
Takkan nak makan batu pula,
Segala belanja kena jimat sentiasa.

Minyak naik 20 sen saja,
Rakyat kenalah perlu biasa,
Jika nak membantah siapalah kita,
Tetap mencari rezeki untuk keluarga.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi banyak juga jika dikira,
Itu dihitung 1 liter cuma,
Jika 10 liter berapa jadinya.

Minyak naik 20 sen saja,
Makan dan minum kena jaga,
Jangan mewah dengan harta,
Lama-lama boleh kurang juga.

Minyak naik 20 sen saja,
Berdoa pada Yang Maha Berkuasa,
Semoga dimurahkan rezeki sentiasa,
Agar diberkati dan dirahmati hendakNya.
Minyak naik 20 sen saja,
Rezeki yg d beri x cukup2 juga..
Kufur nikmat tuhan akan turunkn bala..
Mintak d jauhkn dan d ampuni dosa..

Catat Ulasan

1 Ulasan

Korn Ahmad berkata…
mai blog hanif plak setelah sekian lama menyepi.. hehe... jemput mai blog korn. =)