Drama Melayu Punca Kerosakan Akhlak Remaja

Drama Melayu Punca Kerosakan Akhlak Remaja

TV Tempatan Punca Kerosakan Akhlak Remaja

Dulu kita sering dimomokkan mengawal pengaruh TV barat yang menunjukkan aksi yang tidak sesuai dikalangan remaja sehingga rancangan barat ini dicopkan sebagai punca kerosakan akhlak remaja Malaysia.

Itu dulu!!! Tapi kini aku lihat rancangan TV tenpatan tidak kurang hebatnya memberi pengaruh dan pandangan negatif kepada remaja kita. Aku dah lama memendam perasaaan ini apabila melihat pengarah-pengarah drama Malaysia ini yang bengap ini mengarah filem.

Tadi aku menonton sebuah drama remaja yang penuh pengajaran secara amnya tentang persahabatan dan pelajaran tetapi ia juga menggalakkan percintaan di kalangan pelajar sekolah. Isu cinta menjadi satu topik biasa di alam persekolahan.

Malah tadi aku lihat, pelajar lelaki yangberkawan dengan 2 wanita ini boleh masuk ke bilik perempuan ini menelaah projek sekolah mereka. What the hell.. benarkan pelajar lelaki masuk ke bilik anak perempuan kita walau pun terdapat rakan wanita yang lain.

Tak terpikir ker bahawa bilik wanita juga mempunyai pakaian dan juga item-item yang tidak layak di lihat oleh lelaki. Mak perempuan tu pula , kononnya open minded lerrrr... Inilah pengarah kita, tujuan nak mendidik tetapi buat macam ini...hehehehehe.

Itu yang aku lihat hari ini ler. Sebelum ini aku melihat anak memarahi ibunya dengan kata-kata sesat seolah-olah tiada apa-apa. Kerana dalam drama ini, ibunya memang agak straight sangat so anak dia tension maki ibu dia ler. Tapi wajarkah dipertontonkan seolah-olah tindakan anak itu betul!!

Sekarang ini aku lihat drama percintaan ialah lelaki tu orang kaya dan perempuan tu mesti  jadi perempuan simpanan dan akhirnya mereka jatuh cinta dan kahwin. Lawaknya...

Seolah-olah persetubuhan sebelum kahwin tidak salah kerana wanita tu teraniaya dan isi cerita itu bukan berkenaan pelakuan yang salah tu tetapi tentang perjalanan cinta mereka. Masalah duduk serumah bukan isu penting dalam drama tersebut tetapi pergolakan perasaan mereka mengharungi cinta mereka. Lawaknya!!!

Lagi satu ialah feeling yang hendak ditunjukkan oleh pelakon-pelakon ini kadangkala memualkan aku ajer. Tahu ler kau bercinta tetapi jangalah over sampai peluk memeluk macam suami isteri pula. 

Ini semua drama popular yang ditonton oleh anak-anak kita termasuk kita  dan persepsi mereka apabila melihat pelakuan ini seolah-olah ianya dibenarkan dan perkara biasa dalam dunia kehidupan moden ini. 

It normal, cium-cium dan persetubuhan sebelum kahwin..sebab nanti akhirnya kita akan insaf dan pergi Mekah mohon keampunan... Itulah drama kita tunjukkan.. hampir semua macam tuuu...hehehehehehe.

Manakala aktiviti pergi ke kelab malam adalah biasa sahaja janji jangan minum arak...hehehehhe. Tempat yang salah buat apa nak pergi. Kalau kau tak minum pun kau kena pakai seksi!!!  Itu pun normal sekarang dalam drama Melayu kita ini.. lepak kat kelab dan sambut birthday...hehehehhehe.

Realitinya ialah apabila kau pergi ke kelab malam, minuman utama ialah arak dan pergaulan mereka apabila dengar muzik adalah bebas malah ada yang bawa pil. Itu realitinya!! Drama itu penipu ajer tetapi seolah-olah ianya macam lepak kedai mamak...

Pening aku lihat drama melayu sekarang ini. Pengarahnya mengarap cerita kasi sedap dan romantik tetapi membawa pemikiran anak-anak muda mentah ini ingatkan tidak salah. Fikir-fikirkan lerrr wahai pembikin filem/drama, ini bukan soal wang tetapi inikah legasi yang akan anda bawa bila mati nanti.

Aku bukan warak atau ulama tetapi apa yang aku katakan ini kalau salah tolong betulkan. Maaf jika terkasar bahasa tetapi hati aku panas lihat drama sekolah budak-budak ini......dah tak tahan lihat benda salah jadi perkara biasa!!!

Catat Ulasan

2 Ulasan

Rzq Rhmn berkata…
Assalam, first of all saya bukan penggiat filem seni, hanya penggemar tegar dunia perfileman. There are some truths in your article. But I think the parents themselves have to do their job raising their kids. Dah memang tanggungjawab mereka untuk mendidik anak anak mereka baik dan buruk. I mean zaman saya kecik dulu, nak dapat ps1 pun kena dapat no1 dalam kelas. Tapi sekarang lain. Parents nowadays terlalu memanjakan anak anak. Hari jadi ke-3 dah bagi anak IPad. Rewarding your kid for doing nothing. Lol. I know you love your kid so much, but there's better way that also benefit your kid in future. Tapi terlalu strict dengan anak anak pun tak boleh. Itu yang jadi kes maki ibu seperti scene yang saudara tengok tu. The most crucial time in their teenage years. Proses akil baligh, cintan cintun, dosa pahala dan sebagainya. Time ni lah ibubapa memainkan peranan penting dalam kehidupan anak anak mereka. Kalau time ni parents buat endah tak endah je, maka Anakku Sazali lah jawabnya. Bab percintaan dalam sesebuah drama yang saudara tengok tu adalah apa yang benar benar terjadi degan society kita sekarang. Pergilah Dataran Mereka on weekend, inilah aksi aksinya. Ibubapa memainkan peranan penting dalam bab seperti ini. Bagi saya, scene seperti itu adakalanya penting bagi sesebuah karya kerana ibubapa dapat explain dengan anak anak mereka yang benda benda yang saudara cakap tu adalah salah. Ada banyak cara lain yang lebih bagus untuk enjoy hidup ni. Ada banyak cara lebih bermakna untuk kita mengkespressikan cinta terhadap kekasih. Cinta tak salah, sebab Tuhan cipta kita dengan untuk saling sayang menyayangi antara manusia. Cara kita bercinta tu yang salah. There's no need to give away your virginity to show that you love your boyfriend. There's another way, far more better. Bagi saya, tak boleh nak salahkan filem atas kesilapan kita sendiri. Kita boleh prevent benda tu kalau kita lebihkan masa untuk anak anak. Filem ni hanya fiksyen semata mata. Tapi saya setuju dengan saudara, penggiat filem melayu ni ada yang bebal tahap unta. Asyik sangat dengan filem hantu. Asyik asyik pontianak, tak pun hantu raya. Haihhh, macam mana masyarakat nak support industri tanah air sedangkan dorg sendiri buat cerita tak masuk akal. Ada jugak filem yang bagus seperti Bunohan, Kil, dan boleh dikira dengan jari beberapa filem melayu yang bagus. Saya suka sebuah filem yang membuatkan saya berfikir. Well, these are just my opinion. Assalam.