Makan Di Rumah Kawan Lama

Makan Di Rumah Kawan Lama

JEJAKA KACAK SEDANG BERGAMBAR DENGAN USTAZ

Tahun ini semenjak perjumpaan dengan rakan-rakan lama ini, kerap lak kawan-kawan lama yang aku jumpa. Terbaru aku di ajak makan di rumah kawan lama Hawa Dan Jas iaitu kawan seuniversiti aku di USM.

Dan menambah bestnya rakan-rakan KLKMUSM juga ada yang kata nak datang . So semalam dalam 3 biji kereta kami datang ke sana. Bukan jauh pun dalam negeri Melaka juga...hehehee. Cuma si Amir dari Rembau yang paling jauh..

Sampai di sana, semuanya berpelukan ler...acah jerrr. Berjabat tangan sebab dah bertahun-tahun tidak ketemu.
Makan Di Rumah Kawan Lama

Lama juga kami berbual dan kemudian dijamu masakan air tangan Hawa. Aku tambah 2 kali sebab masak lemak cili api dia memang meletup!! Gambar diatas memperlihatkan kemeriahan makan-makan di rumah Hawadan Jasa.

Makan Di Rumah Kawan Lama
MAK DARA SEDANG BERGAMBAR

Lepas makan kami berbual lagi dan berbual lagi sehingga masa tak sedar masa. Terima kasih byat Hawa dan Jasa, susah payah memasak buat kami.

Aku pun rasa hairan ler, ada juga manusia di dunia ini yang suka buat benda macam ini. Masak untuk kami tanpa ada apa-apa tujuan, cuma ajak makan..hehehehe.

Serius aku tanya kamu semua, ada tak kau orang suka-suka masak panggil kawan kau datang rumah .Bukan sekali, sebab kami group kedua yang datang ni..... 


Catat Ulasan

1 Ulasan

Aziela berkata…
Saya suka juga. Tapi bila ada masa dan kelapangan dan ada rezeki lebih. Sajer seronok tengok orang lain makan hasil masakan sendiri di samping mengeratkan silaturrahim.