Reunion KLKM USM 94-98 Berjaya

Reunion KLKM USM 94-98 Berjaya

Reunion KLKM USM  94-98 Berjaya

Pada 29/11 dan 30/11 adalah hari bersejarah bagi kami iaitu bekas pelajar USM yang menyertai KLKM USM 94-98 yang telah bertemu setelah sekian lama tidak bertemu iaitu 16 tahun lamanya..

Tapi pertama kali bertemu, kami tidak berasa kekok malah terus ke agenda kami  iaitu mengutuk sesama sendiri...hahahahaa. Masing-masing tidak berubah perangainya cuma saiz badan jer yang berubah.

Reunion KLKM USM  94-98 Berjaya Petang 29/11/2014 adalah hari pendaftaran dan masing-masing membawa keluarga cuma 3 orang sahaja yang berlagak bujang datang solo. Bila melihat anak-anak rakan dah besar panjang, terasa kita ni dah tua dan 16 tahun berlalu dengan cepat...huhuhuhuhuhu.

Petang itu juga ada pemberian T-Shirt KLKMUSM dan keychain KLKMUSM yang dibuat oleh rakan kami iaitu Kamil. Bajunya cantik dan muat aku pakai....

Malam itu kami ada majlis makan-makan dan lepas tu ada penyampaian cenderahati. Sebenarnya setiap orang wajib membawa 1 hadiah tapi aku tak bawa dengan beberapa rakan yang lain.. Lupa ler.

Selepas itu penyampaian slide show oleh Zali yang memang mengancam dan mengutuk sepanjang penyampaian beliau. Memang menyakitkan hati tetapi fun!!! Itulah perangai kami, kalau tak kutuk memang tak sah tapi jangan simpan dalam hati.

Akhir sekali ialah nyanyian karaoke terbuka untuk semua peserta tetapi lelaki jer yang nyanyi dan satu peserta wanita. Memang sempoi semua menyanyi dengan teruk...hahahahaha.

Malam tu kami lelaki pergi mengeteh kedai mamak dan buka cerita lama yang  mengusik kenangan..arghhhh!!!


Reunion KLKM USM  94-98 Berjaya
Bergambar Selepas Makan Malam

Keesokannya ialah acara bebas dan kami pergi mandi ramai-ramai dikolam membawa anak-anak. Aku dah puas mandi sebab 28/11/2014 aku dah sampai sana bawa anak-anak dan ibu aku sekali...hehehehe.


Reunion KLKM USM  94-98 Berjaya
Lupa lak, untuk pengetahuan Reunion KLKM USM ini diadakan di Ocean View Resort Port Dickson dibawah pengelolaan Amir Hamzah.

Tanpa beliau, reunion ini tak akan terjadi tetapi usaha keras dan komitmen beliau akhirnya majlis bersejarah ini menjadi kenyataan akhirnya.

Walau pun kami mengutuk anda, tetapi kami berasa bangga atas usaha keras kau Mir.. serius niiii...

Sambung semula...hehehehe. Dalam pukul 11.00am, kami di arahkan untuk memakai T-Shirt KLKM USM dan bergambar beramai-ramai dan dalam pukul 12.00pm kami pun bersurai.

Ada yang pergi makan tengahari sama-sama tetapi aku belah dulu sebab aku bawa ibu aku. Jalan-jalan sekejap kat Port Dickson lepak-lepak kat pantai.

Memang meriah dan sukses majlis ini, berat hati rasanya nak meninggalkan mereka tetapi kepuasan hati bila tak ketemu selepas 16 tahun telah terubat.

Walau pun umur dah 40 tahun...tapi perangai kau orang semua still awesome....hahahaha.
Next year, Reunion KLKM USM di Melaka pula. Jadi mangsa keadaan ialah aku lerrrr....huhuhu.

Diharap tahun hadapan lebih ramai yang join, kepada yang tak dapat join diharap tahun depan bebaskan diri anda dan sesiapa rakan KLKM USM yang terbaca artikel ini boleh ler usha-usha join group ini..


Reunion KLKM USM  94-98 Berjaya
Mengeteh  Kedai Mamak--Zali Dipaksa Belanja..thank Zali

Reunion KLKM USM  94-98 Berjaya
Sessi foto Sesuka

Reunion KLKM USM  94-98 Berjaya
Gaya Standard Kami..tak pandang kamera..heheheh


Catat Ulasan

0 Ulasan