Maroon 5 Buat Kejutan Di Majlis Perkahwinan

Maroon 5 Buat Kejutan Di Majlis Perkahwinan

Maroon 5 Buat Kejutan Di Majlis Perkahwinan

KIRA-KIRA tujuh pasangan pengantin terkejut menerima kunjungan kumpulan Maroon 5 yang datang membuat persembahan di hari perkahwinan mereka.

Menerusi paparan klip video berdurasi lebih dari lima minit itu, kesemua pasangan dan tetamu yang hadir melahirkan pelbagai reaksi sebaik melihat vokalis utama Maroon 5, Adam Levine di hadapan pentas pasang-siap yang diatur oleh krew persembahan.

Difahamkan, band muzik terkenal itu membuat keputusan untuk ‘menerjah’ majlis-majlis perkahwinan yang berlangsung pada 6 Disember tahun lalu untuk memberikan kejutan terhadap pasangan pengantin.

Kemeriahan majlis perkahwinan yang dikunjungi Adam dan kumpulannya dijadikan sebagai video klip rasmi lagu terbarunya yang bertajuk Sugar.

Paparan klip tersebut kemudiannya menjadi bualan ramai pengguna media sosial yang menyifatkan klip tersebut merupakan sebuah video muzik yang kreatif dan unik.

Video klip itu menjadi viral sejak ia ditayangkan dan mendapat 30,608,402 hit hanya dalam masa tiga hari.

Percaya atau tidak, klip video muzik ini bukan lakonan terancang, sebaliknya ia memaparkan reaksi sebenar wajah gembira pasangan pengantin menerima kehadiran band itu sebagai penghibur majlis.





Catat Ulasan

0 Ulasan