Filem Power Ranger Versi Ganas

Filem Power Ranger Versi Ganas

Filem Power Ranger Versi Ganas
Filem Power Rangers terbaru yang penuh dengan aksi darah dan watak Rangers dibunuh seorang demi seorang langsung tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.
Sebuah filem pendek hasil peminat (fan made) menampilkan Power Rangers pada masa hadapan, disertai perlawanan antara robot-robot yang menyerupai Transformers.
Filem pendek berdurasi 14 minit dan 19 saat tersebut yang dimuatnaik ke laman YouTube merupakan hasil garapan pengarah filem terkenal 'Lone Survivor' dan 'Dredd', Adi Shankar.
Menerusi filem bertajuk Power/Rangers ini, kesan khas setaraf Hollywood digunakan. Aksi berdarah dan juga penggunaan senjata api menyebabkan filem ini tampak ganas.
Karya berbeza ini jelas menarik perhatian berjuta-juta pelayar YouTube, di mana ia berjaya menarik hampir 4.4 juta perhatian selepas 22 jam dimuatnaik.
Peminat Power Rangers jelas mengkritik filem tersebut yang terlalu ganas dan kejam, namun pujian dan harapan juga banyak diberikan oleh peminat filem aksi supaya filem tersebut diolah menjadi sebuah filem yang panjang dan lengkap.
Jalan cerita yang ditampilkan pula mengandungi banyak 'plot twist' dan mengandungi kesan khas dari filem 'Ironman' dan juga filem 'Transformers'.
Peminat Power Ranger dan peminat filem aksi boleh menonton filem ini, tapi bersedialah untuk penamat yang bakal mengejutkan anda.


Catat Ulasan

0 Ulasan