Hebatnya Berselawat

Hebatnya Berselawat

JAMINAN MALAIKAT KEATAS ORANG YANG BERSELAWAT

Semua makhuk yang diciptakan Allah semua mengagungkan Selawat termasuk para malaikat kecuali para syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah datang kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atasmu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Tidakkah kita cinta untuk mendapatkan jaminan dari para malaikat. Amalan berselawat adalah satu-satunya amalan yang bukan kita saja melakukannya namun turut dilakukan oleh Allah dan para malaikatnya.

Allah swt. berfirman: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat keatas Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". (Al Qur'an S. Al-Ahzab ayat 56)

Selawat dan salam kepada Habibullah...Rasulullah Sollahu alaihi was salam...

Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi wahai saudaraku, cintai sunnahnya...dengannya kamu akan memiliki cahaya yang membuka pintu ketauhidan ihsan dan menanggalkan kotoran syirik pada batinmu.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
tq bro atas artikel ni. setiap hari jumaat inilah pesanan khatib yg mmbacakn khutbah.